Cara Daftar SSM Secara Online

Cara Mendaftar Syarikat/ Perniagaan Baru Di SSM Online. Berikut disertakan panduan dan cara mendaftar perniagaan atau bisnes baru di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara online dengan mudah dan pantas seperti dikongsikan dari Panduan SSM. Permohonan daftar syarikat boleh di buat di kaunter SSM atau secara online di melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my. 

  • Untuk makluman, perkhidmatan e-Lodgement telah dihentikan
  • Kini anda boleh mendaftarkan perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian anda secara dalam talian di ezbiz online. Sila layari ezbiz.ssm.com.my untuk mendaftar. 
  • Selepas register, anda perlu hadir ke pejabat SSM untuk membuat pengesahan ID dan pemilik sebenar bagi mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan. 
  • Pengesahan hanya dibuat sekali sahaja seumur hidup dan selepas itu anda boleh membuat pembaharuan atau pendaftaran perniagaan hanya dalam talian sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter.
daftar Perniagaan Baru Di SSM Secara Online

Cara Mendaftar Perniagaan Baru Di SSM Secara Online (Melalui e-lodgement)

Perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk trade, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat  keuntungan,  tetapi  tidak  meliputi  apa-apa  jawatan  atau penggajian  atau  apa-apa  pengusahaan  amal  atau  apa-apa  kerja  yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956  (APP  1956). Perniagaan Online juga tidak terkecuali dan perlu didaftarkan.

Perniagaan  yang  boleh  didaftarkan  di  bawah  APP  1956 hanya  perniagaan  beroperasi  di  Malaysia  Barat  iaitu  meliputi  Semenanjung Malaysia  dan  Wilayah  Persekutuan  dan  bentuk  perniagaan  adalah  seperti berikut: 

Bentuk Perniagaan

  • 1. Perniagaan   Milik   Tunggal - perniagaan  dimiliki  sepenuhnya  olehseorang pemilik.
  • 2. Perniagaan   Perkongsian - perniagaan   dimiliki   oleh   sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi. 

Prosedur Dan Cara-Cara Pendaftaran Perniagaan Syarikat Di SSM

1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama‘Tred’.
  • a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.
  • Contoh:   Ruslan   bin   Mohamed,   Siow   Ah   Thai,   Ramasamy   a/l Mutusamy
  • b) Nama  Tred  ialah  nama  perniagaan  yang  dicadangkan  dan  perlu
  • mendapat  kelulusan  daripada  Pendaftar  Perniagaan,  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.
  • Contoh:  Kedai  Dobi  Mewah,  Lucky  Star  Catering,  ABS  Unggul Enterprise.

2. Lengkapkan  Borang  Pendaftaran  Perniagaan  Baru  (Borang  A)  dengan
mengisi maklumat seperti berikut :
  • a) Nama perniagaan
  • b) Tarikh permulaan perniagaan
  • c) Alamat utama perniagaan
  • d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
  • e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  • f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  • g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

3. Pemilik dan  rakan kongsi  hendaklah  menandatangani  di  ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/ rakan kongsi.

4. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu  pemilik  atau  rakan  kongsi
perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui    perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.

5. Dokumen yang perlu dilampirkan:
  • a) Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi
  • b) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan  Taska  (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
  • c) Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya 
  • diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan

Syarat Pendaftaran Perniagaan

  • 1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • 2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • 3. Pemilik/rakankongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Fi Pendaftaran

  • 1. Perniagaan  pemilikan  tunggal  menggunakan  nama  sendiri  seperti    di kad pengenalan – RM30.00
  • 2. Perniagaan    pemilikan    tunggal    atau    perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
  • 3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
  • 4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Panduan Am

  • 1. Perniagaan  telah  dijalankan  dan  didaftarkan  tidak  lewat  dari  30  hari dari tarikh permulaan perniagaan
  • 2. Pendaftaran  baru  perniagaan  boleh  dibuat  bagi  jangkamasa  satu  (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • 3. Jenis  perniagaan  yang  didaftarkan  tidak  menyalahi  undang-undang, tidak  bersesuaian  dengan  keselamatan  persekutuan,  ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • 4. Perakuan  Pendaftaran  Perniagaan  boleh  diperolehi  dalam  masa  satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.
  • 5. Seseorang    yang    menjalankan    perniagaan    tanpa    mendaftarkan perniagaan   adalah   melakukan   suatu   kesalahan   di   bawah   Akta Pendaftaran  perniagaan  1956  dan    jika  disabit  kesalahan  dikenakan denda  tidak  melebihi  RM50,000  atau  dipenjara  selama  tempoh  tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • 6. Pemilik  perniagaan  bertanggungjawab  untuk  mendapat  lesen,  permit atau  surat  kebenaran  sewajarnya  daripada  pihak  berkuasa  yang berkaitan  bagi  jenis/aktiviti  perniagaan  yang  dijalankan  walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

Selamat membuat pendaftaran syarikat atau perniagaan anda di SSM Secara Online.

3 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 18 Mei, 2015
Semakin mudah sekarang ni kan..
Unknown Unknown 03 Jun, 2016
PENDAFRARAN SECARA MANUAL KE ONLINE NI ??, umtuk penggrtahuan anda, pendaftaran online ialah system E Lodgemen
Rossa Calla Rossa Calla 03 Jun, 2016
Ya betul, pendaftaran online adalah melalui system E Lodgemen