Ops Warta Operasi Waran Tangkap Bermula 18 Mei 2015

Ops Warta Operasi Waran Tangkap Bermula 18 Mei 2015. Dipetik dari status rasmi FB PDRM, memaklumkan yang Cawangan Trafik Bukit Aman akan melancarkan operasi Waran Tangkap (Ops Warta) secara besar-besaran mulai 18 Mei hingga 31 Mei 2015 serentak di seluruh negara.


Sehubungan dengan itu, semua saman dengan status Waran Tangkap dikehendaki membuat pembayaran sebelum tarikh 18/5/2015 (sebelum mulanya Ops Warta). 

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Ops Warta Operasi Waran Tangkap 2015

Kesemua saman berstatus Waran Tangkap selepas 18/5/2015 akan disekat pembayarannya sebagai proses bicara dan semua pesalah yang ditangkap akan dihadapkan terus ke mahkamah dan pembayaran denda adalah di mahkamah.

Semasa Ops Warta dijalankan, kenderaan dengan saman berstatus waran tangkap tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan pembayaran kompaun juga tidak dibenarkan lagi.

* Pesalah trafik boleh membuat semakan saman secara online atau SMS di semak saman.
 
Ops Warta dilancarkan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan dan jumlah 1.59 juta adalah baki daripada 1.8 juta saman seperti diumum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu

1 comment... add one now

Oneyani Deankayree Oneyani Deankayree 19 Mei, 2015
lesen kena sentiasa ada.. hehe