Pemohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat

Pemohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat. Anda seorang yang belum memiliki rumah dan berpendapatan RM2,500 sebulan. Berita baik, seperti dipetik dari FB Rasmi Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pemohonan Rumah PPR boleh dibuat secara online. Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara/ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  

Pemohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Online

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu 
  • PPR Disewa (PPRS) 
  • PPR Dimiliki (PPRM)

Pada asalnya program PPRM hanya dilaksanakan di negeri Pahang tetapi mulai Rancangan Malaysia ke-10, Program PPR Dimiliki telah diperluaskan di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah dan yang terkini di Johor melalui Projek Perumahan Rakyat Melana Indah, Taman Perling, Johor Bahru.
permohonan rumah ppr online

Tujuan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Untuk makluman, Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program kerajaan untuk :-
permohonan rumah ppr online

Harga Dan Spesifikasi Rumah PPR

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada paras harga antara RM30,000.00 dan RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500.00 di Sabah dan Sarawak.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

PROJEK PPR (DISEWA) 

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

PROJEK PPR (DIMILIKI)

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Buat masa ini program ini hanya dilaksanakan di negeri Pahang. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM30,000 dan RM35,000 seunit.

CARA BUAT PERMOHONAN PPR

Berikut adalah syarat-syarat permohonan rumah PPR :-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan (Kelayakan pendapatan dicadangkan untuk dinaikkan ke RM3,000 sebulan dan akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan)
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan. Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut atau di Laman Web setiap negeri yang disertakan:

PERLIS INDERA KAYANGAN


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Bahagian Perumahan, Aras Bawah Blok  A
Bangunan Dato' Mahmud Mat
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan
01000 Kangar, PERLIS INDERA KAYANGAN
Laman Web http://perumahan.perlis.gov.my/

KEDAH DARUL AMAN


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman
05250 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN
Tel     : 04 - 774 4501

PULAU PINANG


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Bahagian Perumahan Awam
Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri
Tingkat 20, Kompleks KOMTAR
10503, PULAU PINANG
Tel     : 04 - 262 1957
Fax    : 04 - 262 2904
Laman Web https://erumah.penang.gov.my/index.php/ms/

PERAK DARUL RIDZUAN


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bahagian Perumahan Awam
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel     : 05 - 209 5000 samb. 5057
Fax    : 05 - 253 0001
Laman Web http://www.perak.gov.my/

SELANGOR DARUL EHSAN


Pengarah Eksekutif
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Tingkat 5, Podium Utara, Selangor
40503, Persiaran Sultan, Seksyen 5
40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel     : 03 - 5510 3924
URL Laman Web : http://lphs.selangor.gov.my/index.php/pages/view/49
Contoh borang Rumah PPR

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 5 Blok S Wisma Negeri
70503 Seremban, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel     : 06 - 765 9900

MELAKA


Pengarah Eksekutif
Lembaga Perumahan Melaka
Aras 10, Menara MITC
Jalan Konvensyen, Kompleks MITC
Hang Tuah Jaya
75450,  AYER KEROH, MELAKA
Tel     : 06 - 232 0383
Laman Web https://lpnm.gov.my/

JOHOR DARUL TAKZIM


YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
(Bahagian Perumahan)
Aras Bawah 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak
Kota Iskandar
79503 Nusajaya, JOHOR DARUL TAKZIM

TERENGGANU DARUL IMAN


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan)
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000, Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN
Tel     : 09 - 626 7999/ 09 - 631 7999
Fax    : 09 - 626 2999
Laman Web http://perumahan.terengganu.gov.my/

KELANTAN DARUL NAIM


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Tingkat Bawah Blok 2, Kompleks Kota Darul Naim
15503  Kota Bharu, KELANTAN DARUL NAIM

Tel     : 09 - 748 1957

PAHANG DARUL MAKMUR


Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Unit  Perumahan
Tingkat 1, Wisma Sri Pahang
25503 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR
Tel     : 09 - 512 6600
Laman Web https://eperumahan.pahang.gov.my/

KUALA LUMPUR


Jabatan Pengurusan Perumahan
Dan Pembangunan Komuniti,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Tingkat 4-9,  Menara DBKL III,
Bandar Wawasan,
Jalan Raja Abdullah,
50300 KUALA LUMPUR

Tel     : 03 - 2617 6066
Fax    : 03 - 2698 3722
Laman Web http://eperumahan.dbkl.gov.my/

SABAH


Setiausaha Tetap
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Wisma Tuan Fuad Stephens, Block D, Tingkat 2-6
Wisma Tuan Fuad Stephens
Karung Berkunci 2010
88999 Kota Kinabalu, SABAH
Tel     : 088 - 256 144
Laman Web http://ww2.sabah.gov.my/mlgh/PPR1.html

SARAWAK


Ibu Pejabat HDC
Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma,
Petra Jaya,P.O. Box 1504,
93730 Kuching, SARAWAK.
Tel     : 082 - 444 381
Fax    : 082 - 448 133
Laman web http://www.hdc.sarawak.gov.my/
Pejabat Wilayah Kawasan Tengah
Parcel B9, Unit 14-16
HDC Garden Terrace Sibu Jaya
CDT 84, 9600 SIBU
Tel   : 084-236 227
Fax  : 084-236 224
Pejabat Wilayah Kawasan Utara
Lot 6747 & 6748
Desa Pujut Shophouse
Phase 8, Bandar Baru Permyjaya
98107 MIRI
Tel   : 085-656 134
Fax  : 085-655 018

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Labuan
(Labuan Corporation)
Peti Surat 81245
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tel     : 087 - 408 600

PEMOHON BARU

Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja) :
  •     Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  •     Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  •     Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  •     Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
  •     Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)
Klik Untuk Mendaftar PPR Baru Pendaftaran Dan Permohonan Baru

Contoh borang (Bergantung kepada negeri masing-masing : Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

PEMOHON BERDAFTAR

Pemohon diminta menyemak :
  •     Semua dokumen wajib telah dimuatnaik
  •     Semua maklumat adalah lengkap
Klik Kemaskini Permohonan
* Sila masukkan No KP dan kata laluan


Ciri-ciri Rumah PPR 

  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besar
    Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
    Keluasan - Tidak kurang 700 kps
    Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kriteria Dan Ciri-Ciri Asas lain sila klik PPR 

Syarat-Syarat Layak Permohonan PPR

Berikut adalah syarat-syarat untuk layak memohon PPR :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah seperti di gambarajah 
syarat kelayakan rumah ppr


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

 
Tel     : 603 - 8891 4356
Fax    : 603 - 8891 4226


Selamat membuat Pemohonan Rumah PPR Online Program Perumahan Rakyat kepada mereka yang berkelayakan. Moga permohonan anda berjaya.

1 comment... add one now

nursue'z nursue'z 02 Disember, 2016
SALAM..KNAPA SAYA TAK BOLEH NK LOG IN YE..SY BARU NAK DAFTAR TAPI BILA DAH ISI FORM DN KLIK DAFTAR DIA KELUAR IC DANH DIGUNAKAN..APA MAKSUD YE?...TOLONG SAPA2 DISINI BOLEH JELASKAN.