Peraturan Dan Skema Peperiksaan STPM 2016

Peraturan Dan Skema Peperiksaan STPM 2016. Berikut disertakan peraturan dan skema peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 sebagai panduan kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan STPM 2016 ini.

Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan STPM 2016

1.1 Calon  yang  mempunyai  satu  daripada  kelayakan  yang  berikut,  termasuk  lulus Bahasa   Melayu*   dalam   peperiksaan   Sijil   Pelajaran   Malaysia   (SPM),   layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
stpm 2016
(a) SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
(b) SPM (Vokasional)
(c) Malaysia Certificate of Education (MCE)
(d) Federation of Malaya Certificate of Education
(e) Cambridge School Certificate
(f) GCE/SAP  (Malaysia  atau Cambridge dengan tiga kelulusan  peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
(g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2015 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat 

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
 
(i) sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau
(ii) sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran

1.2 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negara yang setaraf dengan SPM   hendaklah   terlebih   dahulu   memohon   kebenaran   untuk   mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

* Calon  yang  memenuhi  syarat  (g)  tetapi  gagal  Bahasa  Melayu  boleh  menggunakan keputusan  lulus  Bahasa  Melayu  yang  diambil  dalam  peperiksaan  SPM  Ulangan. Calon  yang  berasal  dari  luar  negara  dikecualikan  daripada  syarat  lulus  Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM.
** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE 

Pendaftaran Masuk Peperiksaan
2.1 Pengumuman   tentang   tarikh   pendaftaran   dibuka   dan   tarikh   pendaftaran ditutup akan dibuat melalui akhbar tempatan dan Kalendar Peperiksaan STPM Tahun     2016     pada     portal     Majlis     Peperiksaan     Malaysia     (MPM) di http://www.mpm.edu.my pada bulan April 2015.
 
2.2 Calon  yang  mengambil  peperiksaan  ini  terbahagi  kepada  lima  jenis  seperti yang berikut:                                          
(a)  Calon jenis 1, iaitu calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
(b)  Calon jenis 2, iaitu calon sekolah swasta
(c)  Calon jenis 3, iaitu calon persendirian individu 
(d)  Calon jenis 7, iaitu calon sekolah kerajaan negeri
(e)  Calon jenis 8, iaitu calon sekolah integriti
 
2.3 Semua  calon  jenis  1,  7,  dan  8  dikehendaki  mendaftar  sekali  sahaja,  iaitu dalam   penggal   1,   untuk   menduduki   peperiksaan   STPM   bagi   ketiga-tiga penggal.  Calon  dibenarkan  mengambil  hingga  lima  mata  pelajaran  termasuk Pengajian Am.
2.4 Calon  jenis  1,7,  dan  8  tidak  boleh  menukar  status  jenis  calon  ke  jenis  2 (sekolah swasta) atau jenis 3 (persendirian individu) tanpa kebenaran.
Calon mesti  menulis  surat  kepada  MPM  memaklumkan  perkara  ini.  
Disebabkan yuran STPM adalah percuma kepada calon jenis 1, 7, dan 8, maka calon yang ingin menukar status ke jenis 2 atau  jenis 3 MESTI membayar yuran ke MPM dahulu.
2.5 Calon  jenis  2  dan 3  boleh  mendaftar  pada  penggal  1  atau  penggal  2.    Jika calon  jenis  2  dan  3  ini  membuat  pendaftaran  pada  penggal  2,  calon  boleh memilih untuk menduduki peperiksaan pada penggal tersebut atau menduduki semua   peperiksaan   bagi   kertas   bertulis   pada   penggal   3.
Bagi   kertas peperiksaan  bertulis  pada  penggal  1  yang  telah  berlangsung,  calon  mesti mendudukinya pada penggal 3 sebagai calon ulangan penggal 1 STPM 2016.

2.6 Bayaran yuran* untuk mengambil peperiksaan ini adalah seperti yang berikut:
(a) Yuran Asas RM120.00
(b) Yuran setiap mata pelajaran RM90.00
(c) Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas RM50.00
 
Nota:*Calon  sekolah  kerajaan  dan  sekolah  bantuan  kerajaan dikecualikan
daripada  membayar  yuran  STPM.  Walau bagaimanapun,  semua  calon  yang  ingin  mengulang  peperiksaan  bertulis  sesuatu  penggal  akan  dikenakan  caj
sebanyak RM50.00 per kertas

Untuk maklumat dan informasi yang lebih lanjut, anda boleh merujuk dan download  Peraturan Dan Skema Peperiksaan STPM 2016

0 comment... add one now