Perbezaan KWSP, PRS Private Retirement Scheme Dan Deferred Annuity

KWSP VS PRS VS DA. Berikut disertakan apakah perbezaan di antara KWSP vs PRS (Private Retirement Scheme) vs Deferred Annuity.

Perbezaan KWSP, PRS (Private Retirement Scheme) Dan Deferred Annuity

1. KWSP @ EPF


Ini skim caruman pencen, di mana jika anda mencarum di sini, anda bakal mencarum 11% dari gaji anda ke sini, dan kerajaan menyumbang 12-13% duit 'mereka' kepada anda. Duit-duit ini dipecahan ke dalam Akaun 1 dan 2; di mana akaun 1 (70%) hanya boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun (atau untuk pelaburan amanah saham) dan akaun 2 (30%) pula boleh dikeluarkan atas sebab pembelian rumah pertama, bayaran monthly installment rumah, pelaburan amanah saham, belajar dan sakit kritikal.

Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini!
 

Perbezaan KWSP, PRS Private Retirement Scheme Dan Deferred Annuity

Perbezaan KWSP, PRS Private Retirement Scheme Dan Deferred Annuity

Rekod average dividend yg dikongsi oleh KWSP adalah lebih kurang 4-6% dan guarenti dividend pada 2.5% setahun. Oleh itu, ada sesetengah pencarum yg mengambil keputusan ini MELABURKAN wang akaun 1 ke unit-unit amanah saham (lebih 'famous' dengan panggilan UNIT TRUST) atau invest direct ke saham-saham di BURSA MALAYSIA yg berpotensi bagi pulangan yg lebih baik.

Contoh-contoh provider kepada unit trust tersebut adalah PUBLIC MUTUAL, CWA, HWANG AIMAN DBS dan lain-lain. Tax exemption yg bakal diterima adalah sebanyak RM6000 setahun (RM500 sebulan).


2. PRS (Private Retirement Scheme)


Ini skim caruman pencen swasta yang dikendalikan oleh UNIT TRUST PROVIDER yg sy senaraikan di atas. Sistemnya sama seperti KWSP iaitu ada Akaun 1 dan 2. Tetapi pengeluaran akaun 2 PRS sebelum umur 55 tahun akan dikenakan penalti 8%.

PRS adalah di bawah pemantauan Security Commission (SC). Berkenaan caruman PRS, tiada FIXED AMOUNT yg anda perlu carumkan setiap bulan. Terpulang kepada diri sendiri. Tetapi jika anda ingin mendapat RM3000 TAX EXEMPTION setahun, maka carumlah RM250 sebulan atau RM3000 setahun.

Apa yg anda perlu jelas adalah, apabila anda invest di dalam PRS, anda invest di dalam UNIT TRUST. Unit trust invest di dalam EQUITY FUND. Risiko tinggi utk LOSS tetapi tidak setinggi invest direct ke saham-saham di BURSA MALAYSIA.

Dalam PRS, ada beberapa parti yg terlibat; Private Pension Authority, Unit Trust Provider dan Scheme Trustee. Ini adalah utk memastikan duit pencen anda SELAMAT dan TERJAMIN.

Buat Duit Dari Rumah!
 
Bagaimana jika anda meninggal? Pewaris anda perlu membawa GP (Grand of Probate) atau LA (Letter of Estate Administration) utk 'unfreeze' dan keluarkan duit sedikit. jadi, mempunyai WASIAT BERTULIS sangat membantu dalam proses pengeluaran ini.


3. Deferred Annuity


Deferred annuity dikendalikan oleh syarikat insurans seperti PRUDENTIAL, MCIS ZURICH, AMLIFE dan Great Eastern dan ia di bawah pemantauan BNM. Apabila anda mengambil skim ini, contohnya mencarum RM3000 setahun, maka setiap tahun selama 10-20 tahun, anda perlu SET ASIDE RM3000 setiap tahun. Jika LAPSE, anda tidak akan mendapat jumlah seperti yg dijanjikan. Di sini, tax exemption adalah RM3000 setahun dan pendapatan tahunan adalah GUARANTEED.

Simple kan? Dan jika anda meninggal sebelum tempoh matang, penama (nominee) anda akan menerima wang tersebut secara terus tanpa melalui banyak proses-proses seperti ASB, FD, PRS, KWSP dan lain-lain.

Apa yg PASTI, insurans adalah KALIS BANKRUPSI. Jika anda bankrupt sekalipun, pihak bank tidak boleh mengambil caruman anda di sini. Insurans punyai FIREWALL. 

2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 20 Mei, 2015
terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini...
Kidbux Blog Kidbux Blog 13 Disember, 2015
Good sharing, AmInvest provides and has in place the building blocks to smooth your transition into retirement and help you live your retirement dreams. They offer Private Retirement Scheme (PRS) core funds or “default options” that cater to different age groups and differ in terms of the level of exposure to an equity portfolio based on investor’s risk tolerance which is good as a starting point. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/live-your-retirement-dreams-with-aminvest/