Permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara

Cara Memohon Biasiswa JPA PIDN 2018 Online. Perhatian buat pelajar yang berniat untuk mendapatkan pinjaman pendidikan boleh ubah JPA PIDN. Dipetik dari Portal eSILA, permohonan pinjaman boleh ubah JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara akan dibuka bermula dari 16 Mei 2018 bermula jam 500 petang hingga 22 Mei 2018.

PIDN merupakan program penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

permohonan pidn

Permohonan JPA PIDN 2018 Program Ijazah Dalam Negara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan dengan Permohonan JPA PIDN 2018 Online yang mengandungi tarikh penting, syarat permohonan, bidang pengajian, soalan lazim dan applikasi permohonan. 

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian untuk memohon penajaan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2018. Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di institusi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara kaedah Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

  • Tarikh Buka : 16 Mei 2018
  • Tarikh Tutup : 22 Mei 2018, jam 500 petang
  • Bentuk Penajaan Pelajar : Pinjaman Boleh Ubah

Applikasi Permohonan JPA PIDN

Syarat Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2018

Berikut adalah syarat permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara :-
  1. Warganegara Malaysia,
  2. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit- penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
  3. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  4. Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  7. Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian;
  8. Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama.
  9. Maklumat lanjut syarat permohonan klik SYARAT PIDN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada maklumat di bawah ini :-

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA

(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan

W: 9:00 pagi - 5.00 petang
T: 03-8885 3049 (5 talian)
E: http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Selamat membuat Permohonan JPA PIDN 2018 Online Program Ijazah Dalam Negara. Semoga anda berjaya mendapat tawaran penajaan ini nanti.

{ 9 comments.. read them below or add one }

izaty juraimi izaty juraimi 19 May, 2015
salam,sy ingin bertanya. sy pelajar tahun 2 ijazah . untuk memohon jpa, sy perlu menggunakan cgpa kesuluruhan sem atau cgpa semasa sem satu sahaja ? mohon pencerahan .terima kasih .
Rossa Calla Rossa Calla 19 May, 2015
CGPA dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama. boleh hubungi talian diatas untuk kepastian atau emel ke pidn2015@jpa.gov.my
Anonymous Anonymous 22 May, 2015
Assalamualaikum, saya nak tanya lah... yang isi maklumat butiran keluarga tu... yang bawah tanggungan, senarai nama adik bradik tu... isi yang masih ditanggung ke isi je semua nama adik bradiik???
Anonymous Anonymous 17 November, 2015
Assalamualaikum.. saya nak tanya. Salah satu syaratnya adalah mendapat cgpa 3.30. Contohlah, kalau saya 3.28, masih layak kah sebenarnya?
Dalam matematik, kita round of 3.28 jadi 3.3 hehe.. Serious, boleh ke tak? Terima Kasih :D
siti noor fadillah siti noor fadillah 24 May, 2016
Salam..rasanya JPA ni akan dibuka berapa kali yer selain daripada bulan Mei..? Sebab kalau ikut syarat saya tak lepas sebab saya baru je nak masuk degree bulan september ni..
Anonymous Anonymous 15 September, 2016
hai. bila permohonan dibuka semula?
Unknown Unknown 02 December, 2016
Boleh saya bertanya bila JPA akan dibuka lagi permohonannya ?
Anonymous Anonymous 24 January, 2018
assalammualaikum..bole saya tahu bila ya permohonan biasiswa jpa dibuka untk sesi 2018 ?
Anonymous Anonymous 24 February, 2018
Biasa jpa pidn buka bulan 6 tahun ni. Apa-2 pun better rajin-2kan diri tengok laman web jpa untuk pengumuman terkini