Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online. Anda seorang pelajar UPSR yang berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2017? Berita baik seperti dipetik dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 melalui e-SSeM boleh dibuat mulai 1 April 2016   sehingga 31 Ogos 2016

Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif. 
e-ssem Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2016 Online

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2017 yang boleh di mohon secara online.

Tarikh Permohonan Dibuka

  • 1 April 2016

Tarikh Tutup Permohonan

  • 31 Ogos 2016

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2017 :-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  4. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga
Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2017 Online, boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Khairuddin Hasan Khairuddin Hasan 06 September, 2015
ID pengguna dgn kata laluan nk buat kat mana? ada link dia tak? terima kasih
Rossa Calla Rossa Calla 06 September, 2015
permohonan telah ditutup pada 5 Sept 2015
Nur syarafina Mohd Ghazali Nur syarafina Mohd Ghazali 11 September, 2015
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur syarafina Mohd Ghazali Nur syarafina Mohd Ghazali 11 September, 2015
Permohonan kemasukkan sekolah seni untuk pelajar lepasan pt3 ade tak ?
Rietha Rietha 12 September, 2015
Jadwal dan tempat uji bakat kapan ya????
James Prasetya James Prasetya 27 Oktober, 2015
Ada permohonan untuk calon pt3 2015 kemasukan tingkatan 4 x?
Rossa Calla Rossa Calla 01 April, 2016
Kemasukan hanya untuk pelajar UPSR ke Tingkatan 1
Printing Kad Kahwin Printing Kad Kahwin 06 Oktober, 2016
bila permohonan kemasukkan ditutup?
Rossa Calla Rossa Calla 06 Oktober, 2016
tarikh tutup 31 Ogos 2016