Rahsia Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Yang Cantik Dan Berkualiti

Rahsia Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Yang Cantik Dan Berkualiti. Kehangatan bahang perlawanan akhir Piala FA 2015 di antara Kelantan dan Lions XII kini memuncak taktala penyokong sudah mula memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sejak 2:00 petang tadi. Dari gambar yang dikongsikan oleh beberapa laman FB sukan bolasepak seperti KFA, FAM dan sebagainya terdapat satu perubahan yang menarik di mana kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil nampak menarik dan berkualiti. Nampaknya masalah padang Stadium Bukit Jalil telah berjaya di atasi. 

Padang yang berkualiti pasti menjanjikan perlawanan akhir yang menarik serta memastikan kelancaran perlawanan. Bagi mereka yang ingin tahu siapakah mastermind yang berjaya menukar padang ini menjadi menarik, beliau adalah Koichi Hiroi. Beliau adalah Penyelia Padang Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang  diberi tanggungjawab menyelenggara padang Stadium Nasional Bukit Jalil. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada En. Hiroi dalam menjalankan tugas yang sangat membanggakan ini.
Stadium Nasional Bukit Jalil
Berikut dikongsikan beberapa hambar keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang menarik untuk perlawanan akhir ini. Sumber FB Harimau SelatanFAM
Koichi Hiroi

Rahsia Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Yang Cantik Dan Berkualiti

Rahsia Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Yang Cantik Dan Berkualiti



0 comment... add one now