Resepi Air Detox Infused Water Untuk Kesihatan Terbaik

Resepi Air Detox Infused Water Untuk Kesihatan Terbaik. "Infused detox water" ataupun air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, sayuran, daun herba ataupun madu supaya lebih berperasa dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Infused detox water boleh menguruskan badan secara sihat tanpa pengambilan sebarang produk pengurusan badan. Ianya sangat berkesan, jimat dan mudah disediakan. Ramai orang yang mencuba untuk menguruskan badan menggunakan kaedah ini bagi memastikan mereka mampu minum air dengan banyak setiap hari. 

Resepi Air Detox Infused Water Untuk Kesihatan Terbaik 

Kebiasannya resepi air detox ini menggunakan buah seperti mango, strawberi, anggur, barries, apple kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun papermint, basil, pudina, saderi atau campur saja madu. Tetapi anda juga boleh menggunakan buah-buahan tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.

resepi air detox

Khasiat Dan Kelebihan Minum Air Detox

Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" adalah seperti berikut:
  • -meningkatkan tahap metabolisma
  • -menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • -membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • -meningkatkan mood
  • -mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Tempoh Penyimpanan Air Detox

Simpan infused water dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk. Selalunya ianya boleh bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah buahan yang digunakan adalah lebih elok anda menghabiskan minuman dalam masa 3 hari sahaja. Ini bagi mengelakkan buah-buahan yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Cara paling baik adalah menghabiskannya dalam sehari sekali. Lepas itu buat yang baru di mana ianya lebih sedap dan menyegarkan

Bahan-Bahan Sesuai Untuk Buat Air Detox

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detoks:

1) Buah-buahan 

Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

2) Buah-buahan tempatan: Delima, mangga, nanas, belimbing

3) Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

4) Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach

5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

6) Herba:Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender

7) Rempah-ratus:Halia, kulit kayu manis, lada hitam


Untuk kali ini saya kongsikan Resepi Air Detoks yang di share dari FB Air Detok Untuk kurus

Resepi Air Detox Mangga dan Daun Pudina

Bahan-bahan:
2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga di dalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda


Resepi Air Detoks Nanas dan Anggur Merah

Rasanya yang manis (tetapi tidak terlalu manis) adalah sangat menyegarkan, terutama apabila anda minum semasa sejuk. Pada yang tidak suka meminum air kosong boleh cuba resepi ini

Bahan-bahan:
Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua
2-3 keping nanas yg telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing

Cara penyediaan:
Satukan kesemua buah-buahan di dalam balang/jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan. Hidangkan semasa sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan berada di luar selama 3-4 jam.

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi.



0 comment... add one now