Resepi Kerabu Mangga Dan Jantung Pisang Yang Sedap

Resepi Kerabu Mangga Dan Jantung Pisang Yang Sedap. Kerabu adalah makanan sampingan yang disediakan sebagai pelengkap atau penyedap kepada menu utama. Ianya juga boleh di makan begitu sahaja. Terdapat pelbagai jenis kerabu yang sedap di Malaysia termasuk Kerabu Mangga, sotong, rampai, taugeh, kerang dan banyak lagi. Untuk kali ini, resepi yang akan dikongsikan adalah resepi kerabu mangga dan kerabu jantung pisang.

RESEPI KERABU MANGGA

Bahan-bahan
Bahan dihiris :

  • 1 kilo mangga muda
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 20 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar sos ikan
  • sedikit belacan
  • 125 ml santan
  • garam & gula pasir

Resepi Kerabu Mangga Dan Jantung Pisang Yang Sedap
Cara membuatnya
1. Satukan mangga dan bahan-bahan yang dihiris
2. Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata



RESEPI JANTUNG PISANG


Bahan-bahan
  • 300 gm jantung pisang - dibuang kelopak luar yang keras
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji cili merah - dihiris
  • 2 sudu kecil air limau nipis
  • garam & gula pasir
  • bahan dikisar :
  • 3 sudu besar udang kering
  • 3 ulas bawang merah
Cara membuatnya
1. Jantung pisang direbus hingga agak lembut dan dihiris halus. Masukkan jantung pisang dalam sebuah bekas. Bubuhkan bahan-bahan yang lain. 

2. Gaulkan hingga rata

0 comment... add one now