Resepi Kuih Koci Yang Sedap Dan Lazat

Resepi Kuih Koci Yang Sedap Dan Lazat. Siapa tidak kenal kuih koci. Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis di dalamnya. Berikut disertakan cara-cara membuat kuih koci yang sedap dan lazat iaitu kuih koci biasa dan kuih koci labu. Selamat mencuba.

Resepi Kuih Koci Yang Sedap Dan Lazat

KUIH KOCI

Bahan-bahan:
Untuk inti:

  • 1) 1 biji kelapa parut
  • 2) ½ cawan gula kabung
  • 3) 1 cawan gula pasir
  • 4) 2 helai daun pandan
  • 5) ½ cawan air 
cara buat kuih koci
Untuk kuih:
  • 1) 1 bungkus tepung pulut
  • 2) 2 mangkuk santan (½ mangkuk santan di masak hingga pecah minyak)
  • 3) ½ sudu teh garam
  • 4) Daun pisang yang telah di layur secukupnya

Cara membuat kuih koci:

Untuk inti:
  • 1) Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  • 2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih:
  • 1) Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh di bentuk.
  • 2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
  • 3)Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
  • 4)Panaskan kukusan.
  • Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20­ hingga 30 minit (sehingga masak). Kuih koci siap untuk dihidangkan.

KOCI LABU

Bahan-bahan: Untuk inti:

  • 1) 1 biji kelapa parut
  • 2) ½cawan gula kabung
  • 3) 1 cawan gula pasir
  • 4) 2 helai daun pandan
  • 5) ½ cawan air

Untuk kuih:

  • 1) 1 biji labu (rebus dan lecek)
  • 2) ½ sudu teh garam
  • 3) Tepung pulut secukupnya
  • 4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
  • 5) 1 cawan minyak masak

Cara :

Untuk inti:
  • 1) Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
  • 2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih:
  • 1) Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • 2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak.
  • 3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
  • 4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusan-bungkusan tadi ke dalam kukusan.
  • Kukus selama 20­ hingga 30minit (sehingga masak).

Selamat mencuba resepi kuih koci yang dikongsikan diatas ini.

0 comment... add one now