Semakan Keputusan UiTM 2016-2017 Sesi 1 Online

Semakan Keputusan UiTM 2016-2017 Sesi 1 Online. Berikut dikongsikan tarikh semakan keputusan kemasukan ke UiTM sesi 2016/ 2017 sesi 1 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Dipetik dari makluman rasmi Portal Kemasukan Pelajar Universiti Teknologi MARA, semakan keputusan kemasukan dan panggilan temuduga ke UiTM Sesi 1 2016-2017 (kemasukan Jun 2016) boleh disemak secara online di applikasi semakan di Portal Kemasukan Pelajar UiTM. 
Keputusan UiTM 2016-2017 Sesi 1 Online

Tarikh Penting Semakan Keputusan UiTM 2016-2017 Sesi 1 Online

Berikut adalah tarikh semakan keputusan permohonan ke UiTM Sesi 1 2016-2017 secara online untuk program pengajian berikut :-
  • Semakan keputusan dan surat tawaran permohonan Program Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf (Kemasukan September 2016) pada 9 Ogos 2016 (Selasa) Jam 3.00 petang
  • Semakan keputusan permohonan rayuan ke Program Asasi dan Diploma bagi lepasan SPM/setaraf Sesi 1 2016/2017 boleh disemak mulai 13 Jun 2016 (Isnin) jam 3.00 petang
  • Semakan keputusan panggilan temuduga Program Sarjana Muda (Pendidikan) Sesi 1 2016/2017 untuk lepasan STPM/ setaraf, Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) boleh disemak bermula 13 Jun 2016 (Isnin) jam 3.00 petang
  • Keputusan permohonan PRA DIPLOMA Sesi 1 2016 (Sesi Jun 2016) boleh disemak bermula 19 Mei 2016 (Khamis) Jam 4.00 petang
  • Semakan keputusan permohonan Program Asasi, Diploma dan AP243 untuk lepasan SPM/SETARAF dan Penerapan Pra Diploma ke Diploma Sesi 1 2016/2017 (Kemasukan bulan Mei 2016) boleh di semak bermula 16 Mei 2016 (Isnin) Jam 12.00 Tengahari
  • Semakan keputusna panggilan temuduga Program Sarjana Muda (Kecuali Program Pendidikan) Sesi 1 2016/2017 untuk lepasan STPM/SETARAF, Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) boleh disemak bermula 16 Mei 2016 (Isnia) pada jam 5.00 petang 
  • Semakan Panggilan temuduga Program Diploma/ Asasi TESL bermula pada 15 April 2016 (Jumaat) jam 300 petang
* Semakan keputusan UPU 2016 Online mulai 16 Mei 2016 (Isnin) jam 1200 tengahari

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 BAGI :
  • 1) PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 31 MAC 2016. LAYARI http://online.uitm.edu.my/
  • 2) LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 5 APRIL 2016. LAYARI http://upu.mohe.gov.my  
Selamat membuat semakan kepada pemohon dan semoga anda berjaya. 

0 comment... add one now