Senarai Barisan Exco Kedah 2016 Terkini

Senarai Barisan Exco Kedah 2016 Terkini. Siapakah yang bakal menganggotai Barisan Exco Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar baru Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah? Semuanya akan terjawab pada hari Isnin, 22 Februari 2016 apabila 9 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah dijadual mengangkat sumpah jawatan mereka di Istana Anak Bukit, Kedah.

  • Senarai Barisan Exco Kedah 2016 Terkini akan dikemaskini dari masa kesemasa

Senarai Barisan Exco Kedah 2015

Untuk makluman, berikut adalah Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang mengangkat sumpah memperbaharui jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Isnin 11 Mei 2015 di bawah pimpinan MB lama. Majlis berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri. 

Antara perubahan paling ketara kali ini adalah Tajul Urus turut memegang portfolio tambahan iaitu perumahan, manakala Mohd Rawi diberi tanggungjawab memegang portfolio tambahan iaitu kerja raya. Sebelum ini, portfolio perumahan dipegang oleh Badrol Hisham manakala kerja raya disandang oleh Tajul Urus.
Exco Kedah 2015 Terkini

Senarai Exco Kedah Terkini

Mereka yang mengangkat sumpah sebagai Exco Kedah 2015 adalah  seperti berikut :-
1) EXCO Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi - ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail 

2) EXCO Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita - ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob

3) EXCO Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan - ADUN Tanjong Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain

4) EXCO Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan - ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim 

5) EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya - ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid

6) EXCO Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan - ADUN Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah

7) EXCO Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Maklumat - ADUN Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor

8) EXCO Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan - ADUN Jitra, Aminuddin Omar

9) EXCO Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, Kesihatan dan Perpaduan - ADUN Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong

10) Menteri Besar, Mukhriz turut mengekalkan portfolionya sebagai EXCO Perancangan Ekonomi Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri. 



1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 13 Mei, 2015
yang baru, tenaga baru dan semangat baru....