Siaran Langsung JDT Vs Balestier Khalsa 12 Mei 2015 AFC Cup

Live Streaming JDT Vs Balestier Khalsa 12 Mei 2015 AFC Cup. Mampukah JDT menjadi juara kumpulan F Piala AFC 2015 malam esok? Semuanya akan terjawab apabila JDT akan menerima kunjungan kelab jiran iaitu,  Balestier Khalsa pada perlawanan keenam dan terakhir peringkat kumpulan Piala AFC 2015 di Stadium Larkin. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV9. Satu lagi perlawanan dalam Kumpulan F melibatkan pertemuan Kitchee FC lawan East Bengal FC di Hong Kong.

Carta kedudukan kumpulan F, AFC Cup 2015 kini diterajui oleh JDT dengan 12 mata diikuti oleh Kitchee dengan 10 mata dan East Bengal FC dengan 4 mata. Balestier Khalsa, pasukan Liga S berada di tangga tercorot dengan 3 mata. 
Live streaming JDT Vs Balestier Khalsa

Kemenangan akan mengesahkan JDT selaku juara kumpulan dan mengelak bertemu pasukan kuat iaitu bakal juara kumpulan H, Persib Bandung di Pusingan Kedua AFC Cup 2015. Jika keputusan ramalan tepat, JDT bakal bertemu kelab Myanmar, Ayeyawady pada peringkat seterusnya (Round 16) pada 27 Mei 2015. Jadual perlawanan Pusingan Kedua AFC Cup 2015 di AFC Cup Round 16.

Piala AFC 2015
JDT (Malaysia) vs Balestier Khalsa (Singapura)
12 Mei 2015 - Selasa
8.45 malam
Stadium Larkin
Live Streaming di TV 9



0 comment... add one now