Status Halal Secret Recipe Ditarik Balik Oleh JAKIM

Berita Terkini Status Halal Secret Recipe Ditarik Balik Oleh JAKIM. Dipetik dari FB Bahagian Hab Halal JAKIM memaklumkan yang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada semalam, 26 Mei 2015 telah menarik balik sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka, penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu walau bagaimanapun bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

Status Halal Secret Recipe
“Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia,"
Berikut adalah penjelasan JAKIM berhubung Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe yang ditarik balik. 
Status Halal Secret Recipe
Status Halal Secret Recipe
Makluman Terkini 2 Julai 2015 - Secret Recipe terima kembali sijil Halal JAKIM
Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara.

Sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.

"Kami memberi jaminan bahawa keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan kami berikutan kami telah melalui proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sejak 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung janji kami kepada para pelanggan," menurut Secret Recipe dalam kenyataan di sini hari ini.

0 comment... add one now