Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2016 Di Malaysia

Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2016 Di Malaysia. Kemunculan Bulan Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri bulan Ramadhan. Malam Nisfu Syaaban 1437 Hijrah bersamaan dengan tahun 2016 Masehi akan jatuh pada malam 1 Jun 2015, Isnin (Selepas Maghrib). Nisfu Syaaban adalah hari ke 15 atau hari pertengahan dalam bulan Syaaban mengikut Kalendar Hijrah

Tarikh Malam Nisfu Syaaban

  • 14 Syaaban 1437 - 21 Mei 2016, Sabtu : Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib
kelebihan bulan syaaban

BULAN SYAABAN

Bulan  yang  mulia  lagi  berkat  ini  merupakan  bulan yang  mempunyai banyak  kelebihan  dan  keistemewaannya.  Bulan  Syaaban  adalah  masa  untuk  kita  mengejar  kebajikan sebanyak   mungkin   sebagai   latihan   dan  persediaan  untuk kita menghadapi bulan Ramadhan   yang merupakan  medan  ibadah  bagi  umat  Islam.  Dalam  sebuah  hadith  Rasulullah  SAW  bersabda  yang bermaksud:
“Keutamaan  bulan  Syaaban  di  atas  semua  bulan  itu,  seperti  keutamaan  aku  di  atas  semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”.
Bulan  Syaaban  adalah  bulan  Rasulullah  dan  bagi  kita  sebagai  umatnya  berbagai  ganjaran yang  disediakan  untuk  setiap  amalan  bagi  persediaan  menghadap  bulan  Ramadhan.  As-Syeikh  Othman Ahmad Syeikh al-Khaubawi di dalam kitab Duratun Nasihin menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW
yang  diriwayatkan  oleh  Anas  bin  Malik:  

“Sesungguhnya  Allah  SWT  telah  menciptakan  laut  dari  sinar di bawah Arasy,  lalu  menciptakan  satu  Malaikat  yang  mempunyai  dua  sayap,  satu  sayapnya  di  timur  dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh.  Apabila  seseorang  hambanya  membaca  selawat  untukku  di  bulan  Syaaban  maka  Allah  SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta  mengibas-ngibaskan  kedua  sayapnya,  sehingga  bertitisanlah  air  dari  bulu-bulu  yang  sangat  banyak sekali.  Maka  Allah  SWT  menciptakan dari  tiap-tiap  titis  air  itu,  satu  Malaikat  yang  memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat".

Kelebihan Bulan Syaaban

Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Syabaan ini, antaranya ialah  sebagaimana hadith yang diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RAH : Bermaksud:
“Maka  tidaklah  aku  melihat  baginda  SAW  berpuasa selama  sebulan  melainkan  pada  bulan Ramadhan,  dan  tidaklah  aku  melihat  baginda  SAW  memperbanyakkan  puasa  melainkan  pada  bulan Syaaban.”
(Riwayat al –Bukhari)

Amalan Dalam Bulan Syaaban

Antara  amalan  yang  amat  digalakkan  dilakukan dalam  bulan  ini  ialah  ibadah  puasa.  Amalan  ini  bolehlah dianggap sebagai  satu amalan  yang  agak  sukar kerana  ia benar-benar  menguji  ketahanan  mental,  emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasullullah SAW apabila ditanya apakah bulan selepas Ramadhan yang terafdhal berpuasa”. Nabi SAW menjawab bermaksud,
“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadhan”.  
Nabi  SAW  ditanya  lagi,  “Sedekah  apakah  yang  terafdhal?”.  Nabi  SAW  menjawab,  
“Sedekah dibulan Ramadhan.”
(Riwayat at-Tirmizi)

Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu malam nisfu  syaaban.  Ini  adalah  kerana pada  malam  tersebut  Allah  SWT  telah  memberikan  kelebihan  kepada hamba-hambanya  dan  memberi  keampunan  kepada  mereka  kecuali  yang  syirik  kepada-Nya.  Sabda Rasulullah SAW menerusi hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibn Majah RA daripada Abu Hurairah RA :Bermaksud:

“Allah   SWT   melihat   kepada   makhluk-makhlukNya   pada   malam   nisfu   syaaban   lalu mengampuni makhluk-makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan.”
(Riwayat Ibn Majah)

Untuk  mencapai  kelebihan  pada  bulan  ini  maka  umat  Islam  di  anjurkan  pelbagai  ibadah  antaranya :-

Pertama

Melakukan  ibadah  puasa  sunat  dan  qiyamullail,  Inilah  ibadah  yang  paling  diutamakan  oleh Rasulullah SAW pada bulan yang mulia ini. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah puasa sunat pada 15 terakhir bulan Syaaban. Ambillah peluang ini untuk membiasakan diri kita dengan ibadah puasa supaya ianya tidak menjadi keberatan apabila tibanya bulan Ramadhan. Melakukan Solat tahajjud dan solat sunat taubat   amatlah   ditekankan   terutama   pada   malam   Nisfu   Syaaban.   Inilah   masa   yang   sesuai   untuk diperbanyakkan berdoa memohon supaya diberi keampunan dan kerahmatan dari Allah SWT.

Rasulullah  SAW  bersabda  bermaksud:
“Apabila  tiba  malam  Nisfu  Syaaban,  lalu  berqiyamullail  pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri  ujian  bala  bencana,  lalu  Aku  menyejahterakan  dia?  Adakah  di  sana adakah  di  sana?  sehingga  terbit fajar.”
(Riwayat ibn Majah)

Kedua

Memperkukuhkan  tali  silaturrahim  sesama  manusia.  Hubungan  sesama  manusia  amatlah  penting kerana  ianya  bersangkutan  dengan  hubungan  manusia  dengan  Allah  SWT.  Leraikanlah  permusuhan sesama  kita  dan  saling  bermaafan  kerana  Allah  SWT  tidak  akan  mengampunkan  dosa  manusia  sesama manusia  selagi  mana  mereka  saling  bermaafan.  Sucikan  diri  dari  perasaan  dendam  dan  dengki  sesama muslim  sebelum  tibanya  Ramadhan  supaya  amal  ibadah  pada  bulan  yang  berkat  ini  dapat  dirasai
kemanisannya. 

Ketiga

Beristiqamah  melaksanakan  amal  ibadah  dan  kebajikan.  Amal  ibadah  yang
dilakukan  secara  berterusan  akan  menjadikan  jiwa  kita  sentiasa  tetap  dengan  pendirian.  Beristiqamah membawa  maksud  sentiasa  melakukan  amal  ibadah  tersebut  tiap-tiap  hari  walaupun  hanya  sedikit  atau sekejap masa yang diambil untuk melaksanakannya. 

Keempat

Memperbanyakkan  memohon keampunan daripada  Allah  SWT.  Ramai
yang  tidak  menyedari  bahkan  alpa  dengan  segala  dosa  yang  dilakukannya
saban  waktu.  Dosa  yang  dilakukan  semakin  hari  semakin  bertambah  terutamanya  dosa-dosa  kecil  yang datang  dari  perbuatan  manusia  samada  melalui  percakapan,  penglihatan,  pendengaran  dan  perbuatan. Semua  dosa  ini  sebenarnya  telah  menjadi  titik-titik  hitam  di  dalam  hati  yang menyebabkan  hati  menjadi semakin keras. Lebih membimbangkan, hati akan jauh dari petunjuk Allah SWT. Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun  daripada Allah SWT kerana selagi pintu keampunan itu terbuka. Allah SWT berfirman di dalam surah Huud ayat 3:
Maksudnya:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya;  supaya  Ia  memberi  kamu  kesenangan  hidup  yang  baik  hingga  ke  suatu  masa  yang tertentu,  dan  Ia akan  memberi  kepada  setiap  orang  yang  ada  kelebihan  akan  kelebihannya  itu;  dan  jika  kamu  berpaling maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar.” 
Marilah  sama-sama  kita  mengambil  peluang keemasan  pada  bulan  yang  mulia  ini  dengan  melakukan  ibadah  kepada  Allah  SWT.  Ia  satu  keadaan  di mana  kita  berpeluang  untuk  mencari  keredhaan  Allah  SWT  dan  menebus  segala  dosa  di  atas  segala kesalahan-kesalahan  lalu.  Yakinlah  bahawa  manusia  tidak  akan  sepi  daripada  melakukan  dosa.  Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk mendekati diri kepada Allah SWT. Marilah kita semasa  masih  sihat,  bertenaga  dan  ada  peluang  yang  terbuka  ini,  untuk  melakukan  muhasabah  diri, sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan  tingkah  laku  kita  dengan  Allah  SWT  dan  hubungan  sesama  manusia  selari  dengan  al-Quran  dan  al-Sunnah.  Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 122 :

Maksudnya:
“Dan  adakah  orang  yang  mati,  kemudian  Kami  hidupkan  dia  semula, dan  Kami  jadikan baginya  cahaya  (iman)  yang  menerangi  untuk  ia  berjalan  dengan  suluhan  cahaya  itu dalam  masyarakat manusia,   sama   seperti   yang   tinggal   tetap   di   dalam   gelap-gelita   (kufur),   yang   tidak   dapat   keluar daripadanya? Demikianlah  diperlihatkan  pula  pada  pandangan  orang  kafir  itu  akan  keelokkan  apa  yang mereka telah lakukan.” 

Sumber : Kelebihan Bulan Syabaan oleh JAKIM

0 comment... add one now