Keputusan JDT Vs Felda United 3 Mei 2015

Keputusan JDT Vs Felda United 3 Mei 2015. Perlawanan menarik dan seimbang di antara JDT dan Felda United malam tadi berakhir dengan kemenangan 1-0 kepada JDT. Ternyata Stadium Larkin membantu JDT untuk mempamerkan persembahan bertenaga di bawah Ketua Jurulatih baru, Mario Gomez. Dalam perlawanan malam tadi, JDT yang mendapat jolokan nama 'Harimau Selatan' meraih gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti Patricio Rodriquez pada minit ke-45.


Dengan kemenangan ini, JDT melonjak ke tangga kedua Liga di belakang PDRM hasil perbezaan jaringan namun dengan jumlah mata yang sama iaitu 18 mata. Selangor mengekori rapat di tangga ketiga dengan 17 mata. Liga Super Malaysia 2015 akan berehat panjang sehingga 20 Jun 2015 iaitu selepas perlawanan terakhir di antara Pahang dan Perak malam esok di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
JDT Vs Felda United 3 Mei 2015

Pahang atau Perak berpeluang merampas pendahulu Liga Super 2015 jika memenangi perlawanan ini. Kedua-dua pasukan kini mengumpul 17 mata dengan Perak mempunyai kelebihan gol yang besar.

Berikut adalah gol dan sedikit highlight perlawanan di antara JDT vs Felda United 3 Mei 2015. Tahniah JDT. Video klik JDTV

Carta Kedudukan Terkini Liga Super 4 Mei 2015

3 mei 2015

0 comment... add one now