Sinopsis Novel MAID Drama Baru Lakonan Zul Ariffin Dan Ayda Jebat

Baca Novel MAID Online Drama Baru Lakonan Zul Ariffin Dan Ayda Jebat. Drama terbaru lakonan Zul Ariffin dan Ayda Jebat bertajuk M.A.I.D bakal ditayangkan ke kaca TV selepas drama Isteri Separuh Masa yang baru sahaja tamat minggu ini. Drama MAID diadaptasi dari  Novel pertama Suri Ryana atau nama sebenarnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal yang cukup santai bertajuk M.A.I.D. Novel setebal 753 muka surat ini telah terpilih sebagai Pemenang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2012. 

Sinopsis dari kulit novel
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Sinopsis Novel MAID
Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? 


Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?
 

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 09 Jun, 2015
cerita ini bakal meletopss juga ni...