Berita Terkini Dan Gambar Gempa Bumi Landa Sabah 5 Jun 2015

Berita Terkini Dan Gambar Gempa Bumi Landa Sabah 5 Jun 2015. Sabah dilanda gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter jam 7.15 pagi ini, Jumaat, 5 Jun 2015 lapor BH online dan Astro Awani. Gempa bumi berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Gegaran dikesan 19 km barat laut Ranau, kira-kira 54 km dari bandar Kota Kinabalu. Sebelum ini pada Januari, Sabah juga pernah merasai gegaran gempa bumi pada 20 Januari 2015.
Gempa bumi di Sabah pagi ini, mengingatkan kita betapa besarnya kuasa Allah.. saat ini alam mula berbicara, memberitahu manusia bahawa, kita hanya penumpang di bumi bertuah ini..pemiliknya ialah Allah..

gempa bumi sabah1
Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, 

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Berikut adalah sekitar gambar kejadian gempa bumi di Sabah 5 Jun 2015 :-
gempa sabah2

gempa sabah3

gempa sabah4

gempa sabah5

gempa sabah6

gempa sabah 7
SUMBER : FB Informasi Bencana
 

2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 05 Jun, 2015
semoga keadaan mereka yang berada di Sabah baik baik sahaja hendaknya...
Muslim Muslim 09 Jun, 2015
Gempa bumi di Sabah adalah buatan manusia.

http://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/06/manusia-sedang-mencipta-kiamat-didalam.html