Berita Terkini Matawang Ringgit Jatuh Paling Rendah Dalam 9 Tahun

Berita Terkini Matawang Ringgit Jatuh Paling Rendah Dalam 9 Tahun 

Nilai matawang ringgit Malaysia jatuh kepada paras paling rendah dalam hampir sembilan tahun pada sesi dagangan pagi ini bukanlah luar biasa, dalam konteks pengukuhan mata wang AS. Setakat jam 10.20 pagi, mata wang tempatan itu berada pada 3.7570/7600 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
  
Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew berkata, dolar AS meneruskan momentum meningkat sejak minggu lalu selepas mencatat data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat. 

nilai rm jatuh teruk

"Mata wang AS itu bukan sahaja mengukuh berbanding ringgit, tetapi hampir semua mata wang utama lain.
    
"Data pekerjaan yang positif dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan Rizab Persekutuan AS merancang menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun," katanya.
Walaupun pelbagai isu menyelubungi 1Malaysia Development Bhd(1MDB) mungkin menjejaskan sedikit pergerakan mata wang tempatan, Pong berkata, pengukuhan dolar AS adalah sebab utama penyusutan ringgit.  
  
Data senarai gaji bukan ladang AS melonjak kepada 280,000 bulan lepas, peningkatan tertinggi sejak Disember, manakala data untuk Mac dan April disemak semula untuk menunjukkan lebih banyak pekerjaan diwujudkan berbanding dilaporkan sebelum ini.
  
Kajian oleh beberapa bank utama Wall Street menunjukkan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah dua kali tahun ini, pada September dan sebelum akhir tahun. - Bernama


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 08 Jun, 2015
Mata wang kita semakin jatuh....