Berita Terkini Pesawat Hercules Indonesia Terhempas Di Medan 30 Jun 2015

Berita Terkini Pesawat Hercules Indonesia Terhempas Di Medan 30 Jun 2015. Sebuah pesawat Hercules C-130 milik Indonesia terhempas di satu kawasan kediaman di Medan, Sumatera hari ini, Selasa 30 Jun 2015 menurut seorang jurucakap tentera. Televisyen Indonesia menyiarkan rakaman video tidak jelas dari bandaraya itu menunjukkan bangkai pesawat berkenaan terbakar dengan asap tebal dan tinggi naik ke atas langit.
Pesawat Hercules Indonesia Terhempas Di Medan 30 Jun 2015
Mej Jen Fuad Basya mengesahkan kejadian itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut. - AP
Dipetik dari Kompas.com dan newsdetik.com, angka korban masih belum diketahui lagi dalam kejadian ini. Ada 12 kru di dalam pesawat Hercules C130 yang jatuh di Medan, Sumatera Utara. Mereka terdiri dari 3 penerbang, satu navigator dan anggota teknikal.

Pesawat dikatakan terhempas pada pukul 12.08 tengahari, selepas baru berlepas selama 2 minit.


Berita Terkini
Dipetik dari Astro Awani, sejumlah 38 orang telah disahkan terkorban dalam nahas pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Sumatera Utara, Helfi Assegaf memberitahu bahawa pesawat dengan kod penerbangan A1310 itu membawa kira-kira 50 anak kapal yang mahu bertukar giliran tugas secara berpasukan.

"Lebih kurang 50 orang terlibat dalam penggiliran tugas tersebut," kata Helfi.

Terdahulu, Ketua Polis Medan Mardiaz Dwihananto menegsahkan tentang penemuan beberapa mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dari bawah runtuhan bangunan di kawasan nahas.

Lokasi pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.

Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.
 


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 30 Jun, 2015
lagi berita pesawat terhempas...