Biodata Kumpulan Bora Juara Projek Komedi Warna 2015

Biodata Kumpulan Bora Juara Projek Komedi Warna 2015. Tahniah kepada Kumpulan Bora yang  berjaya membuat kejutan dengan menjuarai Projek Komedi Warna 2015 yang berlangsung Jumaat lalu, 5 Jun 2015 di Studio Pinewood, Nusajaya, Johor. Bora yang dianggap sebagai pasukan 'non-favourite' telah berjaya menewaskan empat kumpulan yang lain iaitu Awok, Ekzos, Puteh dan XOXO. 

Sebagai juara Projek Komedi Warna 2015, Bora membawa pulang hadiah kemenangan dengan wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Bora juga secara automatik layak untuk bersaing di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2015.
kumpulan bora
Tempat kedua diraih oleh kumpulan Puteh yang mengondol hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi. Satu-satunya wakil kumpulan wanita iaitu Awok, mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 serta trofi. Kumpulan Ekzos dan XOXO yang gagal meraih tiga tempat teratas pula pulang dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi. 

Berikut adalah serba sedikit Biodata Kumpulan Bora Juara Projek Komedi Warna 2015 :-
  • Asal Singapura
  • Bekerja dengan Badan Kerajaan Singapura
  • Tempat Ketiga Raja Lawak 7 tahun 2013

1. Biodata Mamat Bora
Nama Penuh  :  Muhammad bin Abdul Rahim Shah
Nama Pendek  :  Mamat
Umur  :  30 Tahun
Status  :  Berkahwin
Pekerjaan  :  Pegawai Latihan (Training Officer)

2. Biodata Yan Bora
Nama Penuh  :  Muhammad Hanafiah bin Azman
Nama Pendek  :  Yan
Umur  :  28 Tahun
Status  :  Berkahwin
Perkerjaan  :  Koordinator Keselamatan Marin (Marine safety coordinator)

3. Biodata Isa Bora
Nama Penuh  :  Muhammad Isa bin Jaffar
Nama Pendek  :  Isa
Umur  :  31 Tahun
Status  :  Berkahwin
Perkerjaan  :  Pegawai Immigrisen


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 08 Jun, 2015
terima kasih di atas perkongsian...