Emas Pertama Malaysia Di Sukan SEA 2015 Singapura

Emas Pertama Malaysia Di Sukan SEA 2015 Singapura. Malaysia akhirnya berjaya merangkul emas pertama Sukan SEA 2015 di Singapura apabila pasangan renang berirama wanita negara memenangi acara duet di Pusat Akuatik OCBC, sebentar tadi. Turun sebagai pasangan keempat yang memperagakan aksi, persembahan menarik Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee Ying Huey membolehkan mereka menghuni kedudukan teratas daripada enam negara peserta dengan mengumpul 150.9103 mata.

Kejayaan itu seterusnya berjaya mengecewakan impian tuan rumah, Singapura yang berhasrat untuk menambah kutipan pingat emas kedua dalam saingan renang berirama apabila terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 149.8372 mata. Indonesia melengkapkan kedudukan podium apabila meraih gangsa di tangga ketiga dengan 139.0880 mata.

Sukan SEA 2015 Singapura
Kejayaan emas pertama hari ini diselubungi kegagalan skuad bolasepak negara apabila gagal layak ke separuh akhir setelah tewas 0-1 kepada juara bertahan, Thailand sebentar tadi.


0 comment... add one now