Jawapan Kolej Matrikulasi Perlis Isu Keychain Ada Tanda Salib

Jawapan Kolej Matrikulasi Perlis Isu Keychain Ada Tanda Salib. Isu lambang salib pada 'keychain' rantai kunci Kolej Matrikulasi Perlis telah menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam. Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Nuzrin Nuiman tampil menjawab isu 'salib' yang dikatakan terdapat pada rantai kunci yang diberikan oleh pihak kolej berkenaan kepada pelajar baharu sesi 2015/2016 minggu lalu.

Nuzrin berkata seperti di petik dari SH, pihak kolej pada Sabtu lalu telah menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa terdapat lambang salib pada rantai kunci kolej.

Isu Keychain Ada Tanda Salib
"Sebenarnya simbol seumpama lambang salib itu digunakan untuk dijadikan tapak untuk melekatkan plate logo Kolej Matrikulasi Perlis.

"Untuk mengelakkan isu ini berpanjangan, pihak kolej telah memaklumkan kepada pembekal untuk menarik balik dan menggantikan dengan kunci rantai yang baharu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini, 3 Jun 2015.


Mengulas lanjut, Nuzrin berkata, pada Ahad lalu, pihak kolej telah membuat pengumuman kepada semua pelajar untuk menyerahkan semula rantai kunci yang dibekalkan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Matrikulasi Perlis.

"Proses kutipan balik selesai pada 1 Jun (kelmarin) dan diserahkan kepada pembekal," katanya.


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 04 Jun, 2015
Pihak kolej pun tak sedar sebenarnya kan. Niat pembekal dan pengilang tu yang patut dipersoalkan..