Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia. Berapakah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2017 ini? Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Kadar Zakat Fitrah 2017

Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Jenis Zakat Fitrah

  • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
  • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
  • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

Berikut adalah Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia :-

NoNegeriTahun 2017 (RM)Tahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)
1PerlisAkan dikemaskini76.5
2KedahAkan dikemaskini77
3Pulau PinangAkan dikemaskini77
4PerakAkan dikemaskini77
5SelangorAkan dikemaskini77
6Negeri SembilanAkan dikemaskini6.56.5
7MelakaAkan dikemaskini6.76.7
8JohorAkan dikemaskini6.00/8.00*5.00/8.00*
9PahangAkan dikemaskini77
10TerengganuAkan dikemaskini7.60 / 7.00 / 4.50*7.40/6.80/4.60*
11KelantanAkan dikemaskini77
12SarawakAkan dikemaskini77
13SabahAkan dikemaskini77
14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/LabuanAkan dikemaskini77

* Berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • 1. Islam dan merdeka.
  • 2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • 3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

  • 1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • 2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
  • 3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  • 4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.


SUMBER MAIJ

Semoga perkongsian Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri Di Malaysia bermanfaat buat semua.

0 comment... add one now