Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016

Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016. Bilakah tarikh Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-58 tahun 2016? Majlis Tilawah akan berlangsung dari 2 Mei hingga 7 Mei 2016 bersamaan dengan 24 hingga 28 Rejab tahun 1437 Hijrah. Bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara", Majlis Tilawah akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Masa Hafazan akan bermula 900 pagi manakala Tilawah akan bermula 830 malam.

Malaysia akan diwakili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2016 iaitu Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah dan Hajah Nor Azrah Ayub.

Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016

Keputusan Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016

Berikut adalah Keputusan Juara Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016 :-

KATEGORI QARI

  1. Juara - Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah - Malaysia : 94.79% (Mohsen Hassani Kargar - Iran : 91.75%)
  2. Naib Juara - Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki - Brunei : 90.15% (Wan Ainuddin Hilmi Abdullah - Malaysia :  91.38%)
  3. Ketiga - Haji Awaluddin Bin - Indonesia : 86.77% (Numan Makasugat Pimbayabaya - Filipina : 90.97%)
  4. Keempat - Seyed Mostafa Hosseini - Iran : 86.58% (Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki - Brunei)
  5. Kelima - Mohammad Nadhir Asgar, Jr - Filipina : 86.29% (Brahim Medjahed - Algeria)

KATEGORI QARIAH

  1. Juara - Nor Azrah Binti Ayub - Malaysia : 90.96% (Asrina Asril Buyong - Indonesia : 91.55%)
  2. Naib Juara - Mastia Lestaluhu - Indonesia : 87.53% (Rahima Panondiongan Amerol - Filipina : 88.36%)
  3. Ketiga - Siti Huzzaimah Yadey - Brunei : 85.88% (Siti Husnaa Hassan - Malaysia : 86.97%)
  4. Keempat - Salma Bounaamane - Morocco : 84.59% (Siti Noor Dzuhairah Binti Awang Hj Damit - Brunei)
  5. Kelima - Sabaha P. Salik - Filipina : 82.76% (Sameeha Talohding - Thailand)
* dalam ( ) adalah keputusan tahun 2015

Bagi mereka yang tinggal berdekatan, marilah sama-sama memeriahkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2016. Tahniah kepada semua pemenang.

0 comment... add one now