Keputusan Rasmi Barcelona Vs Juventus Final Champions League 2015

Keputusan Rasmi Barcelona Vs Juventus Final Champions League 2015. Barcelona berjaya menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah musim 2014/ 2015 apabila menewaskan jaguh Itali, Juventus di Stadium Berlin awal pagi ini dengan keputusan 3-1. Kemenangan ini menyaksikan Barcelona meraih trofi Champions League buat kali kelima dalam sejarah. 

Trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah merupakan piala ketiga buat Barca musim ini selepas menjuarai La Liga dan Piala Raja Sepanyol sekaligus Barca melakukan treble musim ini di bawah jurulatih muda, Luis Enrique. 
result Barcelona Vs Juventus Final Champions League 2015

Pada perlawanan awal pagi ini, gol Barcelona mendahului Juventus 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan oleh Ivan Rakitic seawal minit ke-4. Bekas penyerang Real Madrid Alvaro Morata menghasilkan gol penyamaan 1-1 beberapa minit separuh masa kedua bermula, namun tidak dapat menyekat dominasi Barca yang memburu dua lagi gol selepas itu. Pada separuh masa kedua, Barca menambah gol menerusi Luis Suarez pada minit ke-68 diikuti penyerang Brazil, Neymar pada minit terakhir permainan.


0 comment... add one now