Malaysia Bawah 13 Tahun Juara Piala Ibercup 2015

Malaysia Bawah 13 Tahun Juara Piala Ibercup 2015. Tahniah buat skuad Bawah 13 Tahun (B-13) Malaysia apabila berjaya muncul juara Piala Ibercup 2015 di Costa del Sol, Sepanyol sebentar tadi apabila mengalahkan Sporting CP dari Portugal 2-1 pada perlawanan final.

Kejayaan terbaru ini diharap dapat membantu Malaysia untuk terus memfokuskan pembangunan pasukan Belia Bawah 13 tahun Malaysia untuk sasaran layak ke Piala Dunia FIFA Bawah-17.  
Juara Piala Ibercup 2015

IberCup 2015 merupakan kejohanan penting bagi pasukan belia, di mana Malaysia ditempatkan di Kumpulan D bersama dengan Atletico Madrid dari Sepanyol dan SL Olivais serta CF “Os Belenenses” G dari Portugal. 

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan buat skuad Bawah 13 Tahun (B-13) Malaysia dari peringkat kumpulan hingga final Piala Iber 2015 :-

KEPUTUSAN PASUKAN MALAYSIA BAWAH 13 TAHUN DI IBERCUP 2015
MALAYSIA VS ATLETICO MADRID  1 - 0
MALAYSIA VS SL OLIVAIS   2 - 0
MALAYSIA VS CF OS BELENESES  1 - 0


SUKU AKHIR
MALAYSIA VS  FC BARREIRENSE  5 - 0


SEPARUH AKHIR
MALAYSIA VS  SEVILLA FC  7 - 6

FINAL 
MALAYSIA VS SPORTING CP  2 - 1 



0 comment... add one now