Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA

Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA.  Dipetik dari FB Rasmi SPA, peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam untuk jawatan PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (Pengambilan di SPA JOHOR) akan diadakan pada tarikh 16 Jun 2015 (Selasa). Untuk maklumat lanjut sila layari laman web : SPA


Berikut disertakan Panduan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA :-
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA
PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Peperiksaan  ini  bertujuan  mengukur  daya  pemikiran  serta  kebolehan  calon  mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki  peperiksaan  adalah  dari  pelbagai  jurusan. Justeru soalan-soalan  yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Peperiksaan  ini  melibatkan tiga  (3) kertas berasingan. Calon-calon  perlu  menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja,  maka  prestasi keseluruhan  calon  kurang  memuaskan.  Namun,  jika  calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. 

Oleh  itu,  calon-calon  dinasihatkan  supaya  tidak  memfokuskan kepada
kertas tertentu sahaja. Kelulusan  peperiksaan  ini  merupakan  satu  daripada  syarat  lantikan  ke  skim tersebut. Calon-calon   yang   memenuhi   syarat-syarat   lain   yang   ditetapkan   oleh   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan di temuduga.

PANDUAN UMUM
1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:
i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
ii) Kad Pengenalan
iii) Alat  tulis;  pensel  2B,  pen,  pembaris,  pemadam dan  peralatan  lain  yang
difikirkan perlu.
2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
3. Calon  perlu  berada  di  tempat  duduk lima  belas (15) minit sebelum
peperiksaan dimulakan.
4. Calon  dilarang berkomunikasi dengan  calon-calon  lain.  Sila  angkat  tangan  jika  ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon  hanya  boleh meninggalkan  pusat  peperiksaan tiga  puluh (30) minit
selepas peperiksaan dimulakan.

6. Jawapan hendaklah dibuat dalam:
i) Kertas OMR - bagi Seksyen A dan B
ii) Kertas Jawapan Esei - bagi Seksyen C
7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.


Untuk panduan lebih lanjut sila rujuk panduan dalam PDF di bawah ini atau anda boleh download di Pegawai Teknologi Maklumat F41.



0 comment... add one now