Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online

Permohonan Dan Pemilihan Laskar Muda TLDM 2016 Secara Online. Pemilihan dan temuduga terbuka TLDM terkini, syarat kelayakan dan lokasi permilihan? Anda berminat untuk berkhidmat di TLDM? Berita baik seperti dipetik dari makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia yang memaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM (LLP).  

pemilihan tldm

Temuduga Terbuka Laskar Muda TLDM Oktober Dan November 2016

Berikut adalah makluman tawaran kerjaya dari FB TLDM pada 22 September 2016. Temuduga terbuka kemasukan anggota lain-lain pangkat #TLDM (Laskar Muda TLDM) siri 215/17 kini telah dibuka. Sila rujuk iklan pengambilan di bawah ini untuk panduan penting - cara hadir temuduga, syarat kelayakan dan lokasi pemilihan.

temuduga terbuka tldm 2016
Klik TLDM untuk gambar yang jelas

Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online (Bulan September)

Permohonan kemasukan Laskar Muda TLDM akan dilaksanakan secara online di laman sesawang JOM MASUK TENTERA sehingga tarikh tutup pada 26 September 2016. Syarat kelayakan terperinci adalah seperti berikut:

1. KELAYAKAN AKADEMIK

  • a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf dengan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang ditetapkan oleh TLDM serta Lulus dalam mata pelaaran Bahasa Melayu dalam peringkat SPM. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 23 tahun pada tarikh 20 Februauri 2017.
  • b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit asma/ lelah dan penyakit kronik yang lain.
  • c. Taraf perkahwinan bujang.
  • d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 - 25 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).
  • Ukuran dada biasa/ kembang Lelaki : 76sm 
  • Cara pengiraan:
    BMI : Berat (kg)
    Tinggi(meter) / Tinggi(meter)
  • e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
  • f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
  • g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. KEISTIMEWAAN LLP TLDM

  1. Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
  2. Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  3. Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  4. Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak
  5. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  6. Bayaran insentif Semenanjung Malaysia
  7. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  8. Pakaian seragam percuma.
  9. Makan dan tempat tinggal percuma.
  10. Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga. 

Iklan Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Terkini

Berikut adalah maklumat terkini mengenai pengambilan Laskar Muda TLDM :-

Siri 215/17 - September 2016

Iklan Pengambilan TLDM September 2016
Sumber TLDM

Siri 213/16 yang dikongsikan dari FB TLDM.

pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online
Iklan Pengambilan TLDM Mac & April 2016

Sesi Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 : 3 Mei 2016

pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online

5. Sebarang pertanyaan

Sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 - 2071 3177 / 03 - 2071 6925
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
Laman Web: www.navy.mil.my


Selamat membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online, dan diucapkan semoga anda berjaya.

{ 24 comments.. read them below or add one }

yaya slim yaya slim 07 Mac, 2016
kelayakan spm bahasa melayu D boleh ke??
Rossa Calla Rossa Calla 07 Mac, 2016
Bahasa Melayu perlu kepujian
Heliyana Zainurim Heliyana Zainurim 22 Mac, 2016
Salam.. Saya nak tanya, saya dpt email yg mgatakan saya kena interview dekat ipoh tp dekat atas tuh ada tulis dekat ipoh lelaki sahaja.. Mcm mna eh?
Rossa Calla Rossa Calla 22 Mac, 2016
Boleh cuba call no di sebarang pertanyaan
missjoyah story sana sini missjoyah story sana sini 27 Mac, 2016
Salam, sy nak Tanya kalau nak hadir temuduga tersebut tapi tak isi permohonan online boleh ke? Saya baru tahu pasal temuduga ni.
Ikhwan Haziq Ikhwan Haziq 12 April, 2016
Smalam ade interview navy kt ipoh rmai yg lepas..yg bm xde kredit pon bleh lps..mnyesal x pi try interview navy kt ipoh smlm
Isfa Riman Isfa Riman 28 April, 2016
3 mei nih...da iv trbukak tldm lagi kan dkt dewan pangkalan tertutup erk?
Rossa Calla Rossa Calla 28 April, 2016
Ya betul. pendaftaran jam 800 pagi
Isfa Riman Isfa Riman 29 April, 2016
Tapi kalau result spm kita teruk dan berminat untuk menyertai latihan ini macam mana pulak..
Tanpa Nama Tanpa Nama 02 Mei, 2016
kalau nak pergi yg 3 mei ni nk kna isi borang apa2 dulu ke? Ataupun pegi sana terus je? Saya bru je thu.Nak kena bawa apa g sana?
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Mei, 2016
Utk lepasan diploma bg kemasukan tahun depan tarikh(hari Dan bulan) Sama jgk ke?? Sebab bulan 7 tarikh lahir Dan cukup 24tahun.
Tanpa Nama Tanpa Nama 10 Mei, 2016
Assalamualaikum... saya telah lepas ujian awal semasa pemilihan 3 April 2016 dan dikehendaki lapor diri ke Johor pada 11 Jun 2016, tetapi tarikh telah dipinda... mohon pencerahan tentang tarikh baru lapor diri untuk pemilihan seterusnya.
Semasa pemilihan 3 April 2016 saya memakai kanta lekap (tak perasan akan iklan)... dan penglihatan kurang terang dan jelas tanpa cermin mata.. adakah saya masih layak untuk pemilihan seterusnya di Johor.
Abdul Nasir Abdul Nasir 05 Jun, 2016
st nk tnya..sy dpat 4 kredit je spm.bm dpat C kpujian layak ke sy nk mohon tldm
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Julai, 2016
Salam .nk tnya ..sya kalau sijil tahap 2. Bm D blh dpt ke
Katak Hijau Katak Hijau 16 September, 2016
Bila interview tldm di sabah,n d mna???
Ilias Rossli Ilias Rossli 21 September, 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya nk tanya.kalau skm automotif level 2 boleh tak mohon tldm?
Rossa Calla Rossa Calla 22 September, 2016
Boleh rujuk syarat kelayakan : Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang ditetapkan oleh TLDM serta Lulus dalam mata pelaaran Bahasa Melayu dalam peringkat SPM. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
Unknown Unknown 22 September, 2016
salam. kalau nak cuba di tmpat2 atas tu takperlu isi online kan? atau perlu isi online jugak/
Abdul Nasir Abdul Nasir 04 Oktober, 2016
sy nk tnya spm sy dpat 4 kredit je.Bm=C,Bi=G(gagal)Math=E,Sains=C layak ke untuk sy mohon tldm?
untuk temuduga terbuka apakah prlu isi borang online untuk mnghadiri temuduga terbuka trsebut atau bagaimana??
dan bila ada temuduga terbuka kat sabah??mohon pnjelasan trima kasih
Rossa Calla Rossa Calla 04 Oktober, 2016
Rujuk iklan yang disertakan. Hadir terus ke Pemilihan terbuka di Sabah Di Tawau 8 Nov, Sandakan 10 Nov & KK 12 Nov. Bawa sekali dokumen asal. Syarat kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf dengan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
de one one de one one 07 Oktober, 2016
Asalamualaikum,di wajibkan untuk membawa sampul pos ekspres kan?..saya baru tahu hari ini dan sekarang saya kerja tak sempat nak beli..dan kelayakan pulk mengatakan b.melayu lulus boleh memohon jikalau tak kepujiaan adkah saya tak layak untuk memohon..?kita cuba sajalah kan..insahallah rezeki..
Rossa Calla Rossa Calla 07 Oktober, 2016
Walaikumsalam, ya perlu bawa jika mengikut iklan. Minumum lulus bahasa melayu. Keutamaan yang dapat kredit
Zahir Izwani Zahir Izwani 17 Oktober, 2016
Kalau xisi borang online.. tpi trus prgy tmduga tu boleh ke?
Unknown Unknown 20 Oktober, 2016
Tumpang tanya kene buat resume ker kalau nk pergi temuduga terbuka?