Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online. Anda berminat menyambung pengajian tinggi anda di UiTM? Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 (Kemasukan Mac 2018) kini dibuka sehingga 5 November 2017. 

Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA  yang berkelayakan untuk mengikuti Program SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Permohonan kemasukan UiTM mac 2018 online

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online (SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK) 

Untuk panduan pemohon, berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017/ 2018 Online untuk kemasukan bulan Mac 2018. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, syarat kemasukan, program yang ditawarkan dan link applikasi permohonan.

Permohonan kemasukan ke UiTM MAC 2018 SESI AKADEMIK 2 2017/2018 akan dibuka bermula dari 2 Oktober 2017 (1200 tengahari) sehingga tarikh tutup permohonan UiTM pada 6 November 2017 (1200 tengahari). 

Syarat Kemasukan Ke UiTM 

Pemohon mestilah :-
  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia 
  2. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon 
  3. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya 
  4. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM 

Program Pengajian UiTM Yang Ditawarkan Untuk Sesi Mac 2018

Berikut dikongsikan program pengajian yang ditawarkan :- 
  1. SARJANA MUDA 
  2. PENERAPAN 
  3. PROFESIONAL 
  4. PLK 

Cara Memohon UiTM Secara Online

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online :- 
  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 2 Oktober 2017
  2. Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di http://pengambilan.uitm.edu.my/anjung 
  3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Oktober 2017 (Isnin) hingga 5 November 2017 (Ahad). 
  4. Pembelian hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking. 
  5. No. Slip yang dibeli sebelum 2 Oktober 2017 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini. 

Maklumat Penting Permohonan UiTM 

Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-
  1. Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda 
  2. Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*) 
  3. Membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda 
  4. Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem 
Selepas Membuat Permohonan, sila pastikan anda :- 
  1. Membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan. 
  2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu. 
  3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan. 

IKLAN PERMOHONAN UiTM 2017-2018 SESI AKDEMIK 2

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan kemasukan UiTM Mac 2018 :-

Sila muat turun iklan yang lebih jelas di Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

Selamat membuat Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Mac 2018.

0 comment... add one now