Reaksi Rakyat Johor Atas Kenyataan Nazri Aziz Terhadap TMJ

Reaksi Rakyat Johor Atas Kenyataan Nazri Aziz Terhadap TMJ. Kenyataan kontroversi Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang meminta TMJ tidak mencampuri urusan politik telah mengundang reaksi, kutukan dan kritikan pedas dari pelbagai lapisan masyarakat rakyat Johor amnya. Tidak terkecuali ahli politik Johor yang menganggap teguran Nazri Aziz sebagai kurang ajar dan tidak menghormati Institusi DiRaja.

TERKINI MESEJ TMJ KEPADA RAKYAT MALAYSIA KLIK MESEJ TMJ


Berikut adalah petikan dari respons dan reaksi ahli politik Johor atas kenyataan kontroversi Nazri Aziz yang dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers :-
Nazri Aziz vs TMJ

1. KENYATAAN EN S.DEVA, KETUA PEMUDA MIC JOHOR MENGENAI KENYATAAN BIADAP DATUK SERI NAZRI AZIZ TERHADAP TMJ
PEMUDA MIC JOHOR mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap TUNKU MAHKOTA JOHOR, TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM.

Sebagai seorang pemimpin negara, Datuk Seri Nazri sepatutnya menunjukkan contoh ikutan yang baik kepada rakyat supaya menghormati INSTITUSI DIRAJA di negara kita dan bukannya bertindak seperti ketua kumpulan KONGSI GELAP dengan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Untuk itu, PEMUDA MIC JOHOR mahu kepimpinan BARISAN NASIONAL PUSAT mengenakan TINDAKAN DISIPLIN kepada Datuk Seri Nazri.Ini selari dengan semangat BARISAN NASIONAL yang sentiasa mendokong prinsip RUKUN NEGARA yang salah satu daripadanya adalah KESETIAAN KEPADA RAJA dan NEGARA. 

PEMUDA MIC bimbang, sekiranya tiada tindakan diambil terhadap kebiadapan Datuk Seri Nazri ini, budaya MENGHINA dan BERSIKAP BIADAP terhadap INSTITUSI DIRAJA di MALAYSIA akan menular di kalangan para PEMIMPIN yang lain.

Selain itu, PEMUDA MIC JOHOR mendesak kepimpinan negara agar MEMECAT Datuk Seri Nazri Aziz daripada jawatan Menteri yang sedang disandangnya. Lagipun, ia bersesuaian dengan KEGAGALAN Kementerian Pelancongan dalam program Tahun Melawat Malaysia tahun lepas apabila ia hanya mampu mencatat kemasukan pelancong sebanyak 27.4 juta pelancong walhal sasarannya adalah sebanyak 28 juta pelancong. Ini pun sudah jelas membuktikan bahawa beliau gagal menguruskan kementeriannya dengan baik. Negara kita memerlukan pemimpin yang bijak serta mampu mengurustadbir dengan baik dan bukannya hanya tahu bercakap seperti nyaringnya ‘TIN KOSONG’.

Sebagai ANAK JATI JOHOR, PEMUDA MIC juga mahu Datuk Seri Nazri Aziz menarik balik kenyataan biadapnya itu dan membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA kepada TUNKU MAHKOTA JOHOR dengan kadar SEGERA ! Janganlah kerana sikap biadap anda membuatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus TERCALAR.

Akhir sekali, PERGERAKAN PEMUDA MIC JOHOR berikrar akan sentiasa BERDIRI TEGUH di belakang INSTITUSI DIRAJA JOHOR dan tidak akan membenarkannya dihina dan dicaci seperti apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nazri Aziz pada hari ini. Kami semua adalah ANAK JOHOR dan ingatlah bahawa hanya JOHOR YANG MENGENALI JOHOR.

S.DEVA
KETUA PEMUDA MIC Johor
14 JUN 2015

-------------------------------------------------------------------------------------------
2. KENYATAAN KETUA UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG BERHUBUNG KENYATAAN MENTERI TERHADAP DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Saya menyarankan agar menteri ini supaya muhasabah dan cermin diri sebelum mengatakan sesuatu perkara yang melibatkan institusi DiRaja. Jangan bermain api. Kita sudah cukup aman selama ini.

Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor. Rakyat Johor akan mempertahankan kedaulatan negeri dan juga kedaulatan Bangsa Johor.

JANGAN UGUT DAN KURANG AJAR...
Jawatan sebagai menteri bukan lesen untuk bersikap kurang ajar kepada sesiapa.

Pendirian menteri ini tidak mewakili seluruh kepimpinan UMNO atau rakyat kerana beliau merupakan ahli MKT yang dilantik oleh presiden parti dan jawatannya atas lantikan Perdana Menteri.

JOHOR MESTI SENTIASA JADI JOHOR
Rakyat Johor sentiasa menghormati dan menyanjung tinggi kedaulatan institusi kesultanan. Orang luar yang tidak suka cara Johor tidak perlu mencerca atau menghina tetapi pintu sentiasa terbuka utk keluar mencari negeri lain.

Datuk Zulkurnain Kamisan
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor

-----------------------------------------------------------------------------------------
3. KENYATAAN YB DATUK HJ. ABD LATIF BIN HJ. BANDI, PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN JOHOR
Setiap warganegara Malaysia yang prihatin berhak untuk menyalurkan pandangan khususnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan awam. Demikianlah juga bagi DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. 

Apatah lagi baginda seorang Putera Raja yang sangat prihatin terhadap rakyat baginda dan memiliki ramai peminat serta pengikut terutamanya di kalangan anak-anak muda, khasnya di Negeri Johor Darul Ta'zim.

Oleh hal yang demikian, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi DiRaja Johor khasnya.

Sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman, YB Datuk Nazri Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kasar dan buruk sedemikian rupa sehingga boleh mengundang perbalahan dan reaksi balas negatif rakyat Johor kepada beliau.

Ianya juga secara tidak langsung boleh memburukkan lagi imej kepimpinan politik dan diharapkan sikap dan perlakuan seperti ini tidak diikuti oleh pemimpin-pemimpin yang lain.

YB Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor

0 comment... add one now