Sabah Isytihar Isnin 8 Jun 2015 Hari Berkabung

Sabah Isytihar Isnin 8 Jun 2015 Hari Berkabung Kejadian Gempa Bumi. Kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan Isnin 8 Jun 2015 sebagai hari berkabung ekoran gempa bumi yang melanda Negeri di Bawah Bayu itu semalam. Dipetik dari Astro Awani dan menurut laporan Bernama, pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai 11 mayat di kawasan Gunung Kinabalu hari ini, menjadikan 13 jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban setakat ini.

Ia susulan dua mayat dibawa keluar dari kawasan pergunungan itu malam tadi.
Usaha sedang dilakukan untuk menjejaki enam lagi individu yang masih hilang di kawasan pergunungan itu.

gempa bumi sabah
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2015 turut dibatalkan sebagai tanda simpati kepada semua yang terlibat di dalam bencana ini.

Beliau berkata semua jabatan dan agensi dikehendaki menurunkan bendera Sabah separuh tiang sebagai menghormati semua mangsa yang terkorban.


Senarai Mangsa Yang Terkorban Kejadian Gempa Bumi Sabah Jun 2015
1) Robi Satinggi, 30 - Malim Gunung
2) Wee Wing Ping Peony, 12 - pendaki wanita yang juga pelajar warga Singapura

0 comment... add one now