Semakan Keputusan PSPM 2016 Peperiksaan Matrikulasi

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2015/ 2016 Online. Semakan keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak secara online seperti butiran dan tarikh/masa berikut. Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10 % bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam (UA). 

Semakan Keputusan PSPM Online

Semakan Keputusan PSPM 2016 Online

Tempoh pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.

Berikut adalah pemgumuman keputusan peperiksaan Matrikulasi yang dikongsikan dari Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak :-

1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II Sesi 2015/2016

  • Keputusan PSPM II Sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 3 Jun 2016 bermula jam 10.00 pagi 

2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester II Sesi 2015/2016

  • Keputusan PSPM II Sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 3 Jun 2016 bermula jam 10.00 pagi

3. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2015/2016

  • Keputusan PSPM II Sesi 2015/2016 akan diumumkan pada 3 Jun 2016 bermula jam 10.00 pagi  
* Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan

Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2016

a) Semakan Online Melalui Laman Web

b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Taipkan MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
  • Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

c) Panggilan Telefon

  • i. Kolej masing-masing.
  • ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844021

Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan ini.

0 comment... add one now