Senarai Penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2015

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2015. Tiga orang wanita mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2015, bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada Sabtu 6 Jun 2015 lapor Bernama. Masing-masing menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. 

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2015

Mereka yang dianugerahkan PSM adalah :-
  • Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zainun Ali
  • Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali 
  • Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Rebecca Sta Maria
Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong 2015
Untuk makluman seramai 31 daripada 1,773 penerima menerima Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan 2015 pada hari pertama istiadat penganugerahan itu bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Penganugerahan membabitkan 13 penerima PSM, 16 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) dan dua penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD).

Antara penerima lain PSM adalah :-

  • Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr. Ong Hong Peng
  • Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib 
  • Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Roslan Saad
  • Pengarah Urusan LBS Bina Holdings Sdn. Bhd - Datuk Seri Lim Hock San 
  • Pengerusi Eksekutif A&M Realty Berhad - Datuk Ir. Ng Boon Thong
  • Naib Presiden III MIC Pusat - Datuk S. Balakrishnan 
  • Bendahari Agung MCA - Datuk Seri Kuan Peng Ching
Penerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk antaranya seperti berikut :-
  • Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan -  Datuk Mat Noor Nawi
  • Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri - Datuk Wan Hamidah Wan Ibrahim 
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura - Datuk Husni Zai Yaacob.
    Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam - Lok Yim Peng
  • Anggota Jawatankuasa Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) - Wan Asiah Ahmad
  • Anggota Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak - Ugak anak Kumbong 
  • Anggota Jawatankuasa Perlembagaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - Janggu Banyang.
Dua penerima Panglima Setia DiRaja (PSD) yang membawa gelaran Datuk pula ialah :-
  • Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalaman Jabatan Perdana Menteri - Mariam Kholidah Zulkifli 
  • Pakar Perunding Kanan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah - Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan

0 comment... add one now