Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadhan 2016

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2016 / 1437H. Umum sedia maklum yang umat Islam di Malaysia akan memulakan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan iaitu rukun Islam yang ketiga pada bulan Jun 2016 nanti. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan 2016 bagi menentukan tarikh mula puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 5 Jun 2016 bersamaan dengan 29 Syaaban 1437 Hijrah. Cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Tarikh tengok Anak Bulan Ramadhan 2016

Tarikh Mula Puasa 2016 (1 Ramadhan 1437H)

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen"

Berikut adalah tempat melihat anak bulan di seluruh Malaysia pada 5 Jun 2016:-
  1. Pontian Kecil, Pontian (Johor)
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka)
  3. Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  4. Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor)
  5. Bukit Jugra, Banting (Selangor)
  6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
  7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
  8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
  10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah)
  11. Menara Alor Setar (Kedah)
  12. Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu)
  13. Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu)
  14. Pulau Perhentian, Besut (Terengganu)
  15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
  16. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan)
  17. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan)
  18. Tanjong Lubang, Miri (Sarawak)
  19. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  20. Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  21. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
  22. Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang)
  23. Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang)
  24. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
  25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)
  26. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  27. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya)
  28. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 
Diucapkan Selamat berpuas buat umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Yang Maha Esa.

3 comments.. read them below or add one

Mukomuko Share Mukomuko Share 09 Jun, 2015
Marhaban Yaa Ramadhan...Selamat Datang Bulan Mulia...Bulan Penuh Berkah...
Jalal boy Jalal boy 13 Jun, 2015
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Satu perkongsian yang menarik mengenai Bulan Ramadhan. Jemput ke blog saya bagi membaca tentang Warning Up Hadapi Ramadhan Jalalboy
Jalal boy Jalal boy 18 Jun, 2015
Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera..
Perkongsian menarik tentang Bulan Ramadhan. Jemput ke blog saya untuk membaca mengenai Tingkatkan Ibadah di Bulan Ramadhan. <a href="http://adf.ly/bC0Rz>Jalalboy</a>