Tarikh Hari Raya Aidilfitri ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal yang telah ditetapkan pada hari Sabtu, 24 Jun 2017 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1438 H.
TARIKH HARI RAYA PUASA 2017 AIDILFITRI DI MALAYSIA
Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri akan diumumkan dan diisytiharkan melalui radio dan TV pada malam 24 Jun 2017 (Sabtu) yang pada kebiasaannya sekitar jam 800 malam.1 SYAWAL 1438H bersamaan dengan 25 Jun 2017 (Ahad)* Tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Berikut adalah tarikh penting dalam Kalendar Islam 2017 yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.
Semoga Tarikh Hari Raya Puasa 2017 Aidilfitri Di Malaysia ini boleh dijadikan panduan untuk merancang perjalanan balik kampung atau percutian semasa hari raya nanti. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.