Tarikh Mapex Malaysia Property Expo 2015

Tarikh Pameran Mapex Malaysia Property Expo 2015. Pameran MAPEX 2015 akan kembali lagi. Siri kedua Malaysia Property Expo (MAPEX) untuk tahun 2015 akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway, Selangor pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2015 depan. Pameran dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

MAPEX 2015 bertemakan Ke Arah Kediaman Hijau dan Mampu Milik, sejajar usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat negara ini menerusi pembinaan kediaman mampu milik dalam persekitaran lebih kondusif dan selamat.
Mapex 2015

Penganjuran MAPEX disasarkan ke arah merangsang pasaran hartanah tempatan, selain menyediakan peluang kepada pemaju mempamer produk, khususnya yang menampilkan ciri-ciri kediaman hijau. MAPEX 2015 dianjurkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).


0 comment... add one now