Berita Terkini Serpihan Menyerupai Pesawat MAS Ditemui Di Pulau La Reunion

Berita Terkini Serpihan Menyerupai Pesawat MAS Ditemui Di Pulau La Reunion, Lautan Hindi. Laporan penemuan serpihan pesawat menyerupai pesawat Malaysia Airlines (MAS) kini menjadi perbualan hangat di media sosial dan #MH370 trending di Malaysia. Dipetik dari Astro Awani, satu serpihan pesawat yang mempunyai persamaan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dijumpai di Pulau La Reunion dekat Magadascar di Lautan Hindi.

Penemuan itu mencetuskan persoalan iamya mungkin pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang di perairan Malaysia pada Mac tahun lalu.

Lokasi Pulau La Reunion
Seorang pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman, percaya ia mungkin serpihan pesawat MH370 berdasarkan bentuk serpihan berkenaan yang sama dengan pesawat MH370, Boeing 777.

Serpihan sepanjang dua meter itu yang kelihatan seperti bahagian sayap dijumpai penduduk tempatan ketika kerja-kerja pembersihan pantai dijalankan dan mempunyai nombor kod.

“Kod berkenaan bukan bukan nombor plat pendaftaran, juga bukan nombor siri, bagaimanapun nombor rujukan itu akan memudahkan ia dikenalpasti,

“Dalam beberapa hari, kita akan mendapatkan jawapannya,” katanya seperti dipetik agensi berita AFP. Nombor yang tertera pada serpihan itu; BB670.


Berikut adalah di antara gambar-gambar serpihan yang menyerupai pesawat MAS :-


mh370 1

mh370 2

mh370 3


1 comment... add one now

blogmerah.com blogmerah.com 04 Ogos, 2015
mudah mudahan mh370 ditemukan segera