Biodata Janna Nick Pelakon Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah Janna Nick, pelakon utama wanita drama bersiri terbaru di Slot Akasia TV3, Syurga Nur yang mula bersiaran bermula 1 Julai 2015 yang lalu menggantikan Dia Isteri Luar Biasa.Janna Nick membawakan watak utama sebagai Nur Jannah bergandingan dengan hero, Amar Asyraf sebagai Kamil.

Biodata Janna Nick Pelakon Drama Syurga Nur Slot Akasia TV3

Sebenarnya, Janna Nick telah berlakon beberapa drama dan telefilem dan beliau bukanlah asing di industri hiburan tanahair kerana telah memulakan kerjaya awal dengan menjayakan iklan komersial dan video korporat ketika berusia  dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun
Biodata Janna Nick
Janna Nick

Telefilem pertama beliau adalah Ikatan ditayangkan di saluran RTM diikuti oleh telefilem Cinta Vlog untuk TV9 dan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), si cantik manis ini berpeluang beraksi dalam drama bersiri Jodoh.

Memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM dengan 6A 2B+ namun beliau yang mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Arau telah menolaknya.

Berikut adalah serba sedikit biodata ringkas Janna Nick :-

  • Nama Sebenar : Nurul Jannah Binti Muner
  • Tarikh Lahir : Tahun 1995
  • Asal : Sungai Petani, Kedah
  • Umur : 20 Tahun (2015)
  • Berdarah kacukan : Cina, Pakistan dan Thai
  • Pendidikan : Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pendang dan Sekolah Harian di Danau Kota, KL

Laman Sosial

Twitternya https://twitter.com/jannanick95
Instagram https://instagram.com/jannanick

1 comment... add one now

SKYFIELD Story SKYFIELD Story 23 Ogos, 2015
Nama sebenar dia adalah NURUL JANNAH BINTI MUNER.