TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2017 Jadual Cadangan Waktu Perjalanan

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak Hariraya Aidilfitri 2017 iaitu di antara 21 Jun hingga 3 Julai 2017. Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Ahad, 25 Jun 2017 (1 Syawal 1438H).

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA.

Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2017

Berikut dikongsikan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2017 iaitu Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya PLUS dari 21 Jun hingga 3 Julai 2017.

TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2017

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017. Semoga anda berhati-hati dalam perjalanan balik dan pulang ke kampung bersama keluarga tersayang. 

0 comment... add one now