Jadual Waktu Perjalanan TTA Lebuhraya Pantai Timur LPT Sempena Aidilfitri 2015

Jadual Waktu Perjalanan TTA Lebuhraya Pantai Timur LPT Sempena Aidilfitri 2015. Setelah PLUS mengeluarkan TTA untuk Lebuhraya Utara-Selatan, kini Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad pula telah mengeluarkan satu panduan waktu perjalanan (TTA - Travel Time Advisory) sebagai langkah persiapan bagi menangani pelbagai kemungkinan menjelang Hari Raya Aidilfitri 2015.

TTA ini bertujuan menggalakkan pengguna merancang perjalanan mereka bagi mengelak kesesakan jalan raya sempena musim balik kampung ini.

Mengikut TTA LPT sempena Aidilfitri 2015 ini, pemandu dinasihati mengguna lebuh raya dari jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi untuk ke mana-mana destinasi. Pemandu juga diminta elak masuk ke Plaza Tol Gombak pada 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam sebelum 17 Julai kerana ini masa perjalanan bas ekspres menuju ke Pantai Timur.

Berikut adalah Jadual Waktu Perjalanan TTA Lebuhraya Pantai Timur LPT Sempena Aidilfitri 2015 :-

tta lpt aidilifitri 2015 1

tta lpt aidilifitri 2015 2
Untuk sebarang informasi dan pertanyaan, sila hubungi LPT-Line di 09-547 9111 (24 hours) atau Twitter@LPTTrafik

0 comment... add one now