Koleksi Resepi Kuih Melayu Tradisional Yang Sedap

Koleksi Resepi Kuih Melayu Tradisional Yang Sedap.  Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba pada 17 Julai 2015, berikut dikongsikan beberapa resepi kuih tradisional Melayu yang sedap dan popular semasa musim perayaan hari raya ini.


Koleksi Resepi Kuih Melayu Tradisional Yang Sedap

1. Resepi Bahulu

Bahan-bahan:
10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula

Cara Penyediaan:
Kuih Melayu Tradisional Yang Sedap
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.

2. Resepi Batang Buruk

Bahan-bahan: 
600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur 
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

3. Resepi Kuih Bangkit

Bahan-bahan:
600 gram tepung ubi (sangai hingga kuning)
1 biji telur 
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
Secubit garam
½ sudu kecil soda bikarbonat
Gula secukupnya

Cara penyediaan:
Masak santan bersama secubit garam sehingga pecah minyak. Matikan api. Masukkan gula, telur dan soda bikarbonat ke dalam santan. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut. Canaikan adunan dan terap mengikut bentuk yang disukai. Aturkan ke dalam dulang dan bakar hingga masak.

4. Resepi Kuih Siput

Bahan-bahan: 
1 kg tepung gandum
250 gram marjerin
½ gelas air 
1 sudu jintan manis
6 ulas bawang merah
1 tangkai cili hidup
Sedikit udang kering
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan: 
Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan. Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus. Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yang dipukul tadi.Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut. Masukkan daun kari. Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.


5. Resepi Tempeyek/Rempeyek

Bahan – bahan
600 gram tepung beras

500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis - ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.

2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing.

SUMBER

0 comment... add one now