Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2016

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Malaysia 2016. Apakah tema dan logo Hari Kebangsaan 2016? Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Malaysia yang merupakan Cuti Umum akan dirayakan pada hari Rabu, 31 Ogos 2016. Tema #sehatisejiwa telah dikekalkan dan dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan 2016 kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. Semangat bersatu-padu perlu dipupuk kerana ianya telah lama menjadi amalan dalam kalangan sesama rakyat Malaysia.

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2016

Berikut adalah Logo Dan Tema Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan Malaysia 2016 :-

Logo Hari Kebangsaan 2016

sehati sejiwa

Tema Hari Kebangsaan 2016

  • #sehatisejiwa
Untuk makluman, Tema, logo dan lagu sambutan masih dikekalkan untuk tahun 2016. Turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan. 

Maksud Sehati Sejiwa


Sehati Sejiwa membawa maksud bersatu hati dalam perpaduan antara Negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Ianya juga membawa maksud bersama saling memahami dan membantu diantara satu sama lain. 

Bermula tahun 2015, buat pertama kalinyasambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. 
"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Video Lagu Sehati Sejiwa -Tema Hari Kebangsaan 2016

Lagu : Muhammad Yuri Edris
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus

Selamat menyambut Hari Kebangssan 2016, semoga negara kita Malaysia terus aman makmur dan maju.

0 comment... add one now