Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan Tenaga Nasional YTN September 2015 Online

Tawaran Biasiswa IPTA Yayasan Tenaga Nasional (Pengambilan September 2015). Dipetik dari Laman Web Yayasan Tenaga Nasional, Calon-calon  warga negara  Malaysia  yang  berkelayakan  dan  memenuhi  syarat-syarat  berikut  adalah  dipelawa  untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan pada sesi September 2015. 

Sila rujuk iklan permohonan Biasiswa IPTA YTN September 2015 di Yayasan Tenaga 2015

Biasiswa YTN tnb 2015
Bidang Pengajian - Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Awam
Perakaunan

Syarat Dan Kelayakan

  • Lulus STPM 2014 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50 atau
  • Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi 2015 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.50
  • Berumur tidak melebihi 22 tahun sebelum atau  pada 31/12/2015
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa dari YTN
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru Semester Pertama tahun 2015 yang telah mendapat tempat di IPTA
Cara Memohon
Permohonan perlu dibuat secara “on-line” mulai 22 Julai 2015 (Rabu) melalui laman web seperti berikut:

  1. http://yayasan.tnb.com.my/sam (permohonan melalui network di luar TNB)
  2. http://yayasan.hq.tnb.com.my/sam (permohonan melalui komputer di premis TNB)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara “on-line” adalah pada 28 Ogos 2015 (Jumaat).

Permohonan yang tidak lengkap, tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Senarai  calon  yang  berjaya  untuk di temuduga  akan  dipaparkan di laman  web  seperti yang tertera  di  atas, dijangka pada 7 September 2015 (Isnin).

Permohonan  yang tidak  mendapat  sebarang  jawapan/  maklumbalas dalam  tempoh Tiga  (3) bulan  selepas tarikh tutup permohonan, adalah dianggap tidak berjaya.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di alamat dan talian di bawah;

Yayasan  Tenaga  Nasional,  Aras  1,  Blok  BB,  Universiti  Tenaga  Nasional,  Jalan  IKRAM - UNITEN,  43000 Kajang, Selangor.

No. Tel : 03-8924 7500
Faks. : 03-8924 7501
Emel : infoytn@tnb.com.my

Tarikh Mula Permohonan Online : 22 Julai 2015 (Rabu)
Tarikh Tutup Permohonan Online : 28 Ogos 2015 (Jumaat)

Senarai Semak klik sini


0 comment... add one now