Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016 Online Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016 Online Tingkatan 1 Dan 4. Dipetik dari makluman Portal Rasmi KPM, adalah dimaklumkan bahawa Permohonan MBK ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Pendidikan Khas 2016 (e-PKHAS) telah dibuka bermula 27 Julai 2015 hingga 12 September 2015. 

Untuk memohon, sila layari www.moe.gov.my atau klik di SISTEM PERMOHONAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS untuk maklumat lanjut.
Sekolah Pendidikan Khas 2016 Online Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016 Online Tingkatan 1 Dan 4

Syarat Permohonan

Tingkatan 1
1. Tingkatan 1 (Kurang Upaya Pendengaran)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang

i) Warganegara Malaysia
ii) Murid yang telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas
iii) Menduduki UPSR /tamat Tahun 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
iv) Menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
v) Pengurusan tingkah laku mengikut penilaian pihak sekolah
 

2. Tingkatan 1 (Kurang Upaya Penglihatan)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak

i) Warganegara Malaysia
ii) Murid yang telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas
iii) Menduduki UPSR/tamat Tahun 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
iv) Menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
v) Pengurusan tingkah laku mengikut penilaian pihak sekolah


Tingkatan 4
i) Warga negara Malaysia 
ii)  Murid yang telah di sahkan sebagai murid berkeperluan khas
iii) Pemohon berumur 16 atau 17 tahun pada tahun 2016.
iv) Lulus Minimum 2 Mata Pelajaran Teras dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Semasa/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Penilian Tingkatan 3 (PT3)


0 comment... add one now