Petua Hilangkan Bau Mulut Busuk Cara Tradisional

Bau mulut yang tidak sedap menandakan anda mungkin mengalami penyakit tertentu. Bau mulut adalah masalah umum yang dialami tiap orang dari segala lapisan masyarakat samada muda tua atau lelaki perempuan.

Petua Hilangkan Bau Mulut Busuk Cara Mudah Dan Berkesan 

Banyak cara atau tips yang boleh anda lakukan untuk mengatasi bau nafas yang kurang enak dan memalukan itu seperti dikongsikan dari FB Jamu Tersohor Nudara, antaranya seperti berikut :
mulut busuk

1. Sirih

Sirih adalah antiseptic yang baik bagi mengatasi bau mulut, maka gunakanlah untuk atasi bau yang tidak enak di mulut. Caranya :-
a) Cuci bersih daunnya kemudian di rebus menggunakan air anggaran 1.5 gelas. Setelah itu dibiarkan hingga air rebusan sirih menjadi sejuk, dan gunakan untuk berkumur selepas menggosok gigi.
b) Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

2. Serai Wangi Dan Kulit Limau Kasturi

Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga ¾ tinggi periuk kemudian jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3. Daun Jambu Batu

Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk daun tersebut hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

4. Cengkih

Ambil anggaran 3 atau 5 kuntum bunga cengkih kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga sejuk dan air rebusannya gunakan untuk berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

5. Menghisap Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau.
Kunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam. Jika antum menghisap kulit kayu manis setiap hari, ia dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.

6. Bunga Lawang

Bunga lawang (star anise) bersifat sebagai antibakteria dan antikulat, serta kandungan ‘linalool’ dalam bunga lawang bersifat sebagai antioksidan sehingga sangat baik untuk kesihatan tubuh.

Ambil sekuntum atau 3 kuntum bunga lawang kemudian direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama kira-kira 5 minit. Setelah itu dibiarkan hingga suam dan airnya boleh digunakan untuk minum atau berkumur. Amalkannya pada waktu pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.

Bunga lawang juga boleh dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Secara tak langsung, ia juga dapat merawat penyakit asma, bronchitis dan batuk kering, antara penyebab nafas berbau.

7. Asam Jawa Dan Gula Merah

Satu cara lagi bagi menghilangkan nafas dan mulut berbau. Awak bancuh sedikit asam jawa, gula merah dengan air panas. Minumlah setiap malam sebelum tidur. Amalkan sekerap mungkin, InsyaAllah tiada lagi nafas berbau yang memalukan awak.

8. Gorengan Hampas Kelapa

Ambil anggaran segenggam hampas kelapa dan gorengkan di dalam kuali tanpa minyak. Gorengkannya hingga kekuningan. Angkat dan dibiarkan sejuk. Kemudian ambil dan kunyah-kunyahkannya hingga hancur. Ia boleh dimakan atau diluahkan.

Di samping itu, awak amalkan meminum air suam dengan kerap. InsyaAllah kesannya akan dapat dilihat beberapa hari selepas itu.

9. Meminum Teh Hijau Dan Daun Pudina

Cara lain yang mungkin boleh antum lakukan secara amalan tradisi, misalnya dengan minum air teh hijau atau dengan meminum air rendaman daun pudina sekurang-kurngnya 2 kali sehari.



0 comment... add one now