Resepi Kuih Semperit Tradisional Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Kuih Semperit Tradisional Yang Mudah Dan Sedap. Kuih semperit memang diminati dari dulu hingga sekarang dan ianya 'lebih sedap' jika di buat sendiri di rumah. Oleh itu kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. 


Masa penyediaan adalah dalam lingkungan 30 minit dan masak untuk memasak pula dalam 15 hingga 20 minit. So total lebih kurang 45 minit hingga sejam.
kuih semperit sedap
Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Oleh itu mari cuba kerana ianya memang sedap!

Kalau anda ingini kuih raya yang lain boleh juga untuk mencuba resepi kuih Almond London yang sedap di resepi Almond London.


Resepi Kuih Semperit Tradisional

Bahan –bahan

  • Buttercup – 375g (1 ½ blok )
  • Tepung gandum – 1 ½ cawan
  • Tepung kastard – 1cawan
  • Teung jagung – 2 ½ cawan
  • Kuning telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 1/2 cawan

Cara-cara membuat kuih semperit


1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius

2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.

3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang)

4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata menggunakan spatula atau senduk.

5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dengan menggunakan tangan.

6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepanjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.

7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.

8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber Forum Cari

Resepi Kuih Semperit No 2

Bahan-bahan  
200 gm marjerin/butter
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 (setengah) cawan gula
1 biji Kuning Telur
1 sudu esen vanila
Hirisan buah Ceri secukupnya
Pewarna Kuning Telur
 

Cara-cara
1.  Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
2.  Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning
3.  Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit demi sedikit
4.  Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya
5.  Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C


2 comments.. read them below or add one

Zulkarnaen Yahaya Zulkarnaen Yahaya 30 Jun, 2016
nk tanya..sukatan cawan tu kalau standard brapa gram?
Rossa Calla Rossa Calla 30 Jun, 2016
Boleh rujuk di https://www.facebook.com/notes/jom-masak/anggaran-sukatan-bahan-bahan-dari-cawan-ke-gramliter/221187394721591/