Senarai Barangan Harga Terkawal Hari Raya Aidilfitri 2015

Senarai Barangan Harga Terkawal Hari Raya Aidilfitri 2015. Sebanyak 21 jenis barangan telah disenaraikan dalam senarai barangan harga terkawal Aidilfitri 2015 yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2015. Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan. Skim ini akan dilaksanakan bermula dari 7 hingga 23 Julai 2015 iaitu selama 17 hari.
ini. 

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat. 

barang harga terkawal raya puasa 2015

Berikut adalah senarai 21 Barangan Harga Terkawal Aidilfitri 2015 untuk panduan semua :-

1. Ayam hidup 
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati, pedal) 
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal) 4. Telur ayam gred A 
5. Telur ayam gred B 
6. Telur ayam gred C 
7. Daging Lembu Tempatan 
8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak saja) 
9. Daging kerbau inport 
10. Cili merah 
11. Tomato 
12. Kubis bulat import (India dan China tidak termasuk kubis Beijing) 
13. Kelapa biji (dikawal diperingkat borong saja) 
14. Kelapa parut (dikawal di peringkat runcit saja) 
15. Bawang merah kecil 
16. Bawang putih 
17. Bawang besar import 
18. Ubi kentang import 
19. Ikan kembung termasuk ikan mabung 
20. Ikan selayang 
21. Ikan aya atau tongkol (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan saja)


0 comment... add one now