Senarai Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 2015

Senarai Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 2015. Seperti kelaziman, sempena sambutan Aidilfitri, pemimpin utama negara dan negeri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2015 masing-masing pada 1 Syawal yang dijangka dirayakan pada Jumaat 17 Julai 2015.

Berikut di antara senarai dan lokasi Majlis Rumah Terbuka Aidilifitri 2015 untuk panduan semua :- 
Aidilfitri 2015
  • ISTANA NEGARA KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permasuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mengadakan majlis rumah terbuka bersama rakyat bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari. Seri Paduka baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan bersalaman dengan rakyat mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari.
  • KOMPLEKS SERI PERDANA PUTRAJAYA - Perdana Menteri berserta jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri mulai 10 pagi hingga 4 petang. Perkhidmatan bas percuma turut disediakan untuk memudahkan orang ramai di tiga lokasi di Putrajaya iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra. 
  • NEGERI SEMBILAN - Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan rumah terbuka di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, pada Hari Raya pertama bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tuanku Muhriz sebelum itu akan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir. 
  • PERAK - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Jalan Raja DiHilir di sini, pada hari raya pertama, yang akan bermula pada 3 petang. 
  • SARAWAK - Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib turut mengadakan rumah terbuka di Astana Negeri, Petra Jaya pada 1 Syawal untuk menteri Kabinet negeri dan pusat serta orang kenamaan tempatan dalam dua sesi iaitu bermula 10.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 5 petang. Pada hari raya kedua, rumah terbuka khas untuk ketua-ketua jabatan kerajaan, sektor swasta dan orang ramai mulai 10 pagi hingga 12.30 tengah hari. 
  • TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan mengadakan rumah terbuka di Kediaman Seri Iman, Batu Burok selepas Solat Jumaat bermula 2.30 petang hingga 6 petang. 
  • JOHOR - Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pula akan mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman rasminya di Saujana, Johor Baharu mulai 10.30 pagi hingga 3.30 petang. 
  • SELANGOR - kerajaan negeri akan mengadakan rumah terbuka di Stadium Shah Alam, mulai 10 pagi hingga 3 petang dan perkhidmatan bas percuma akan diadakan dari stesen komuter Batu 3 dan Sekyen 19, Shah Alam. Sumber - BERNAMA


0 comment... add one now